Monday, September 18, 2017

sakit

Aku tak tahu nak mula dekat mana, keluar rumah hujan lebat. Selesai kerja yang patut aku langsaikan aku terus pergi lunch dekat tempat favorite aku tak jauh dari rumah. Semua okay pada mulanya, memandangkan masih awal lagi aku gigihkan diri untuk pergi beli groceries. Lama sangat aku tak beli barang dapur, sampaikan dah xde apa kat dalam fridge. Aku jadi hilang semangat nak buat semua tu, minat aku jadi hilang semua macam tu jer. Ntahlah... list barang memang ada lama ada dalam handphone so aku hanya perlu cari semua barang keperluan yang aku nak. 😌

Kebiasaannya aku akan spend 200-300 untuk sekali beli, ni termasuk sabun basuh, makanan dan benda² lain yang aku perlukan. Oleh kerana aku pergi time kerja so taklah ramai sangat orang kat supermarket ni, agak selesa untuk aku bersenang-lenang cari barang yang aku nak. Aku tolak trolley yang dipenuhi barang perlahan-lahan, entah kenapa tiba² aku rasa macam nak pitam dalam supermarket. Mind aku tiba² flashed back banyak benda, macam filem wayang hitam. Semua yang aku pernah lalui dengan dia datang berpusu² dalam otak aku. Fikiran aku jadi berkecamuk dengan benda tu semua. 😟🤢

Pergerakan aku jadi perlahan, otak aku seakan tak berfungsi menunjukkan arah mana yang harus aku pergi. Aku macam floating, mata aku makin gelap. Aku fikir aku dah lah datang sorang kalau tiba² aku tumbang kat sini macam mana..? Aku dapat rasakan badan dan sendi² aku sakit² tapi tak tahu apa pinca. Aku kuatkan diri cuba lawan badan yang semakin lemah. Padangan aku jadi gelap, langkah aku makin perlahan. Aku tak dapat lagi nak bertahan lama, aku tolak trolley terus duduk kat kerusi kawasan makan yang terdapat dalam supermarket tu. Badan aku mula berpeluh, tekak aku sakit dan mulut aku jadi kering tiba². Aku jadi takut, aku tak berani nak teruskan berdiri. Aku cuba tenangkan diri dan berehat sekejap. Aku tak tahu nak contact siapa sebenarnya time ni. Hampir 45minit aku tersadai kat situ, macam² orang lalu lalang depan aku tapi tak sorang pun berani datang menyapa. Tiba² aku terfikir sendiri, ini kah yang dikatakan saudara sesama islam? Tak kesah langsung dengan keliling walaupun terang² muka aku dah pucat lesi tertangkup kat meja makan tu.🤕

Lepas 45minit aku gagahkan diri untuk bawak semua barang tadi ke kaunter bayaran. Tangan aku jadi mengigil, mata aku jadi kabur sampai muka cashier pun aku tak nampak jelas tapi Alhamdullilah dapat jugak aku selesaikan semua urusan sampailah ke kereta. Aku hanya boleh berdoa dalam hati agar Allah beri aku kekuatan setidaknya aku boleh sampai kat rumah, masa tu aku drive paling perlahan aku rasa. Setiba kat parking rumah badan aku sekali lagi berpeluh rasa bahang panas tiba², darah aku jadi gemuruh. Aku terus ambil barang basah dari bonet kereta, selebihnya aku tinggalkan ajer. Aku tak rasa punya keupayaan nak angkat semua barang tu dengan keadaan macam ni.😰😰

Masuk jer dalam rumah, letak barang kat dapur kemudian aku terus baring depan tv. Badan jadi sejuk pulak, terhoyong-hayang macam orang mabuk. Aku tak overdose ubat pun tapi kenapa aku jadi macam ni, aku capai sweater pastu terus aku tak ingat apa lagi. Sebenarnya aku baru jer sedar, tak tau apa jadi sebenarnya tadi. Aku terlelap ke? tapi sedar² dah terbaring kat sofa depan tv. Seingat aku last aku dalam bilik nak ambil sweater, ntahlah kepala aku sakit berdenyut jiwa dan perasaan aku jadi berat, rasa macam tertekan sangat. Macam ada sesuatu yang tak lepas keluar, aku sendiri tak tahu apa... yang pasti badan aku seram sejuk, angin dari luar buat aku rasa beku dan lemah sangat. 🤒

Allahuakbar....!!!! Ya'Allah, apa semua ni? Dugaan apa plak lepas ni?Lindungilah aku dari sesuatu yang tak diingini...kurniakan aku kesihatan agar aku terus kuat untuk teruskan kehidupan... -ameeen..😔