Makin hari makin banyak plak aku menulis, macam² dalam kepala aku. Bukanlah macam² tu sebab masalah tapi macam mindmaps bercabang sana sini. Kat rumah takde apa sangat aku boleh buat, takde teman nak borak..takde kawan nak chatting. Habis kuat pun gaduh ngan Ollie, Ottet, Eebee + kekanak yang 9ekor tu. Memang penat jaga dorang ni tapi okay jer at least takdelah aku balik tak tau buat apa. Kalau aku tak keluar rumah maknanya aku takkan bercakap dengan sesiapa pun seharian, so baiklah aku keluar buat apa yang patut.
Alhamdullilah, hari ni payment dari last LO aku dah clear, this gonna be my last contribution to the company. Pasni tunggu habis notice period jer sebelum aku peacefully blah. Dalam masa yang sama hari ni aku dapat secure satu project lagi walaupun tak besar mana value dia tapi aku happy. Sementara nak tunggu yang lain, hujung² tahun ni memang susah. So bersyukur dengan rezeki yang Allah kasi, dalam menerima kita perlu memberi jugak. Aku tak pernah lupa semua tu, semua rezeki yang kita dapat tak semua hak kita. Dalam hujan lebat dengan mata yang tak berapa nak nampak sebab tak pakai lens pastu spek aku tertinggal sampai gak aku parking rumah, sebenarnya dah berhari² aku berangan nak gi cuci kereta tapi still tak kesampaian.
Memandangkan dah berhari² hujan confirm kereta aku bakal kotor giler esok! Tetiba aku jadi rajin nak lap kereta yang basah, tengah leka mengelap datang bangla sorang ni. Dia ni memang aku kenal dari mula aku pindah kat sini, senang kata dia ni panel contractor aku kalau aku nak repair apa² jer kat rumah aku. Dari plumbing, wiring, repairing apa jer lah dia ni boleh buat. Tak pernah lagi lah dia buat keje sambil lewa kalau aku suruh, dia terus mintak kain basah kat tangan aku pastu dia terus lap kereta aku sampailah kering. Rajin betul bangla ni, aku tak suruh pun dia terus datang letak barang² yang dia bawak tepi kereta semata nak tolong aku. Elok gak beriya aku nak lap kereta ni, buat sakit tangan ni malam nanti. Aku gak yang susah, hrmmm rasanya ada elok kalau aku upah jer dia cuci kereta aku time malam, macam aku kat apartment aku tinggal dulu. Lagi pun aku bukan keluar memalam, ni yang satu lagi ni dah naik berabuk pun so dari abuk jadi tebal 10 inci baik suruh dia cuci sekali lagi pun paip dekat jer. Tak salah bantu sesama manusia lagi pun dia ni pun Islam, aku pernah nampak dia pergi solat jumaat kat masjid depan rumah aku. Aku tak kesah lah dia siapa pun, dia manusia gak cari rezeki kat bumi Allah ni, nampaknya rezeki yang aku dapat hari ni ada bahagian untuk dia rupanya. Allah dah tulis macam tu kan so dengan itu rasmilah dia kena bersihkan kereta aku seminggu 3x. Aku kasilah dia duit poket sikit hujung bulan nanti.
Fikir yang baik² jer, mana tau rezeki aku bertambah lagi lepas ni. Inshallah.... ameen!! Tak miskin pun kalau memberi, tak payah tunggu kaya baru nak bersedekah. Sedekah ni ada macam² cara, macam kucing kat rumah aku jugak. Kalau dikirkan makanan dan maintenance dorang melebihi dari diri aku sendiri. Dah tu tanggungjawap yang Allah kasi pada aku so aku kena pikul dengan ikhlas, kira aku bersedekah sikit dari pendapatan aku untuk belanja dorang tiap² bulan. Itulah doa aku tiap² hari sebenarnya, aku nak hidup selesa, dengan rezeki yang ada aku boleh bantu mereka yang memerlukan. Memang nasib aku tak sebaik orang lain tapi aku akui aku ada kelebihan yang orang lain tak punya. Walaupun ada masanya aku sedar ada yang cuba ambik kesempatan dengan perangai aku, ada juga yang berkawan dengan aku menyimpan niat lain tapi aku tak ambik peduli semua tu. Itu urusan dia dengan Allah, tanggungjawap aku sesama manusia tolong mana yang termampu. Kebiasaannya orang tak pernah ingat pun jasabaik kita, aku tak kisah sangat. Niat aku urusan aku dengan Allah, urusan aku dengan manusia hanya kat dunia. Sama jugak bila disalah anggap atau simply menuduh aku mengungkit itu ini. Betul kata orang, seribu kebaikan boleh hilang hanya dengan satu kesilapan kecil yang kita lakukan. Bukan niat ingin disanjung tapi setidaknya hidup jangan terlalu kejam dengan menghukum. Itulah kenyataan hidup sebenar sifat manusia yang perlu aku terima, selain kesedaran hanya Allah yang boleh beri petunjuk pada hambaNya...
Mudahan aku dijauhkan dari sikap lupa diri dan angkuh, jauh sekali mendada ke langit sampai terlupa bumi sebelum aku tersungkur. Aku taknak mati dengan jiwa yang sombong dan bongkak, aku taknak kubur aku nanti disempitkan hanya kerana sikap tamak. Biarlah kematian aku menjadi sesuatu yang indah, seindah senyuman ibu yang melahirkan aku, semanis saat kembalinya aku menemui Allah yang satu.. hidup aku bukan terdesak untuk memiliki segala di dunia tapi aku hanya terdesak untuk menyayangi dan disayangi di dunia dan akhirat.
Aku impikan cinta yang agong, cinta yang kekal hidup walaupun telah tiada lagi di dunia..rasa rindu yang menjadi nadi untuk meneruskan kehidupan dengan harapan bertemu semula di syurga menyambung kasih. Hilang bukan bermakna mati selamanya tapi mengajar diri untuk lebih menghargai segala pemberian penciptaNya....