Wednesday, September 20, 2017

hrmmm...sabar

Awal pagi lagi aku dah terima msg dari kawan sorang ni, nak call sebab nak ngadu hal 😐..hrmm awal giler tak sempat aku nak reply msg dia, nama dia dah appeared kat screen hp aku. Aduhhh baru pukul 7.30am 😣, memanglah aku dah bangun awal lagi. Maybe dia ada masalah kot so aku layankan ajer, dia baru balik dari Surabaya so entah apa cerita dia bawak dari sana. Nasib dia perempuan kalau lelaki memang malas aku nak layan. Cuma dia ni kalau dapat bercakap memang tak reti nak stop so aku sebagai kawan aku hanya boleh dengar jer. Support mana yang boleh, macam² cerita mula dengan masalah dia dengan bf dia... kerja dan business yang dia tengah buat. Dia tengah stress and she just need someone to talk. 

Walaupun bukan main awal lagi aku dah on the phone dengan dia tapi macam² cerita kitorang bualkan. Sungguh pun dia suka bercakap tapi dia ni berwawasan tinggi, perempuan lewat 30an yang dulunya kerja sebagai engineer tapi berhenti sebab dah penat jadi kuli syarikat gergasi. Baru dia tahu makan gaji ni sebenarnya tak kemana πŸ˜„, end up berhenti buat freelance macam² cuma bagusnya ada free time sendiri. Dekat 2jam setengah jugak aku dengar dia dok bercakap sampai ngantuk mata ni. Sebenarnya sedih gak bila dia cakap pasal relationship, hrmm sampai sekarang tak sorang pun tahu status sebenar relationship aku. Semua ingat aku masih lagi dengan Mr.Photographer tu dan semua berharap aku akan cepat kawin dengan dia. Yealah umur aku pun dah berapa sekarang ni, hakikatnya hubungan aku dengan dia dah pun putus, takde jodohkan apa boleh buat. Aku tak cakap apa pun, yealah ramai yang tahu hubungan aku dengan dia memang agak lama. Walaupun aku tak pernah bercerita tapi orang boleh nampak sendiri terutama kawan² perempuan. 😟

Masing² ada masalah sendiri cuma terpulang pada kita sendiri macam mana nak atasi masalah tu. Tapi ada betul gak kata kawan aku, kalau kita tak punya apa² memang orang tak pandang. Dunia sekarang ni semua perlukan duit, bukanlah jadi hamba duit cuma hidup perlukan duit. Tak cantik, hodoh, berumur tu semua tak penting asalkan berharta semua tu tolak tepiπŸ˜’. Memang harta tak menjamin kebahagiaan tapi harta jugak punca banyak kes penceraian berlaku. Rata² aku tengok sama jer, ada duit semua yang buruk jadi cantik. Tak bahagia pun boleh happy sebab takde masalah duit, semua perlukan duit. 

Sejujurnya aku sendiri pernah lalui semua tu, cuma baru sekarang makin ramai saudara-mara datang bertandang yang mana dulu nak jumpa pun payah 😏. Dunia akhir zaman memang macam ni kot, bila nilai harga diri dah tak berapa penting pada sesetengah orang. Yang penting jalan mudah untuk hidup senang dengan masa depan yang lebih terjamin. Tapi aku tak berapa nak setuju, berharta berduit tu semua rezeki Allah kasi atas usaha sendiri. Kalau nak kawin semata nak hidup senang rasanya dah tak betul niat tu, boleh bertahan lama ke perkahwinan macam tu?πŸ˜•

Bagi aku senang ajer, aku nak kawin dengan seseorang yang boleh terima baik buruk aku. Dan paling penting punya tahap kesabaran Gred A bukan sebab siapa aku dan apa yang aku ada. Selebihnya boleh usaha sama² lagi berkat sebab dah jadi suami isteri, yealah sambil usaha dapat jugak pahala menjaga kebajikan rumahtangga. Mungkin pendapat aku berbeza dari orang lain, cinta yang tak tulus pada aku takkan kekal dan tak diberkati. Apa guna berkahwin tapi keikhlasan dalam berhubungan tu tak ada, tu sebab banyak masalah yang timbul lepas kawin. Ada jugak kes yang tak pernah jujur dengan diri sendiri, buat sesuatu untuk kepentingan diri sampaikan menganiaya perasaan pasangan sendiri yang sudahnya perhubungan tak kekal sebab pasangan tak ikhlas, ada jer masalah yang timbul. Kalau sorang jer yang berusaha untuk menjaga perhubungan pun tak boleh jugak, kena dua belah pihak.πŸ™‚

Nampak gaya kawan aku pun dah macam aku, dah tak larat nak fikir pasal kawin.πŸ€— Hidup cari rezeki halal, kalau ada jodoh kawin kalau tak mereput jer la dengan rezeki yang ada. Apa kesudahannya nanti tu belakang cerita asalkan mati nanti kita tak tinggalkan masalah pada keluarga. Walaupun dia suka bercakap tak henti tapi aku suka semangat dia, cara dia berfikir dan wawasan yang dia ada. Macam dia katalah "dah tua nanti siapa nak keluar duit jaga kita especially bila kita tua lepas tu sakit plak..? Buatnya sakit kena pakai pampers masa tu, ingat murah ke!!" Betul tu☝🏼 mana dengan rawatan hospital lagi, ubat lagi macam² lagi, semua tu perlukan perbelanjaan yang besar...duit lah tu!  At least kalau masa sekarang kita kerja simpan duit taklah kita susahkan sesiapa nanti.

Conclusion dia, jodoh pertemuan ajal maut semua tu kerja Tuhan. Kita usaha sebaik mungkin, selebihnya Allah yang akan tentukan, berdoa dan ingat Allah sentiasa ada. Kita mohon yang baik² ...Inshallah Allah makbulkan niat kita. πŸ™πŸΌ Panjang lebar plak aku membebel sorang² pagi ni, kalau rajin nanti aku sambung lagi. Nak bersiap petang nanti ada keje nak kena buat..xoxo 😘
Post a Comment