Thursday, September 21, 2017

???

Selesai solat maghrib aku sengaja habiskan masa dengan baca surah² yang aku tahu sementara tunggu waktu isyak. Walaupun masih merangkak lagi ingat² lupa tapi aku gagahkan jugak...By 9.30pm aku dah siap untuk tidur macam dah takde apa aku buat lagi...

Merayap sana sini on internet baca news peka sikit dengan keadaan keliling, takdelah nanti sampai tak tahu apa kejadian sekeliling..awal aku dah tidur tapi aku terbangun dalam pukul 3.30am..benda first yang  muncul dalam fikiran aku 'Dia' 😔, puas aku siang malam berdoa minta dijauhkan dari sesuatu yang tak memberi sebarang manfaat buat diri aku lagi. Moga diberi keberkatan dan ketenangan dalam hidup tapi benda ni asyik mengganggu aku sejak kebelakangan ni. Aku bukan mempersoalkan kejadian Allah tapi aku taknak terusan hidup terseksa macam ni berterusan. Aku terima semua ketentuan yang Allah berikan dengan rela hati. Tak keterlaluan kalau aku katakan aku dah penat dulu so aku taknak harungi benda yang lepas yang takde kesudahan. Bertahun aku harungi semua tu tapi sudahnya aku yang terseksa sendiri so aku rasa cukup aku seksa diri. Rasa berdosa sangat perhambakan diri dan perasaan sendiri macam tu. 😔

Ya'Allah, aku tahu kau tahu segala rahsia alamMu, berilah aku petunjukMu. Aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku memohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Jauhkanlah dia dariku andai ianya memudaratkan aku, permudahkanlah segalanya andai dialah yang terbaik buatku.

Aku tahu kau mengetahui segala yang terbuku dihati ini, aku tahu kau tahu aku terseksa. Aku mensyukuri setiap rahmatMu yang kau turunkan. Aku mohon dariMu Ya'Allah, bersihkan hati ini agar aku boleh terus hidup tenang tanpa ada dendam dan perasaan benci dalam hati. Kau permudahkanlah, janganlah kau terus menguji aku lagi kerana aku takut hilang daya untuk bertahan... 
Post a Comment