Alhamdullilah terisi jugak weekend aku hari ni, memang dari semalam si pedot gorgon tu ajak aku tengok wayang and celebrate sebab dia benti keje. Pelik resigned pun happy pastu nak celebrate. Selesai aku hantar baju² kat tailor aku terus tunggu dia kat Subang, dengan hujan lebat jalan jemmed sana sini. Ni lah kemajuan Malaysia, semakin maju dengan kereta! Dia sebuk ajak aku gi tengok wayang kat SP tapi aku taknak tempat tu macam kecik so we all decided pergi Pyramid jer. Si pedot ni memang dari dulu kalibut ala rapper dia, sampai sekarang dah beranak pun tak hilang lagi perangai rapper rock dia tu. Nak kata lelaki tapi pakai tudung, walaupun ada masa dia nak cuba buat² cute tapi kadang tu perangai gengster kg pisang dia terkeluar gak hehehe..... lantak ko la...
All these while memang aku tak pergi tengok wayang dengan orang lain pun cuma sorang jer tu pun bila dia balik kl kalau tak memang aku tak pergi. Sangat jarang pergi dengan orang lain kalau ada pun maybe in group lagi pun aku tak ramai kawan sangat. So dengan pedot ni kira first time, sementara tunggu masa showing time we all merayap masuk semua kedai tapi tak cari apa² pun hehe...kalut tak kalut excited taknak beratur punya pasal masa nak beli ticket wayang, we all guna ticket kiosk depan cinema entah macam mana terbeli ticket untuk esok, memang tak perasan langsung pasal date tu, perasan bila nak masuk budak check ticket tu yang kasitau! Kammbink betul la... memain lagi, nasiblah supervisor ticketing tu baik hati kasi tukar tapi tak dapatlah nak tengok cerita Logan Lucky tu sebab timing tak sama, paksa rela aku layan gak cerita American Assassin. Bagus mamat ni good manner baik jer layan kerenah customer macam aku ni.
Tuhan ajer yang tahu berapa kali aku terlelap tengok cerita ni, dah la starting jer 30min in the row iklan jer. TGV lah katakan memang screwed up pun. Cerita low budget kot, asyik bercakap tak henti.. senang cakap lagak cerita dongeng typical american boom nuclear meletup pun masih hidup lag + action yang agak dah basi so boleh bayangkan berapa puluh kali aku menguap dalam wayang tu, bila tetiba ada adegan aksi si pedot ni leh buat terkejut batu dia! Nasib baik aku tak gelak kalau tak sure kena halau keluar dari wayang....Aku macam sikit tertekan dengan orang kiri kanan depan belakang aku sebenarnya, semuanya bercouple datang tengok wayang. Bukan jeles tapi entah macam terasa hati, apalah yang buat mereka terlalu istimewa hingga diberi peluang untuk berkasih sayang... hrmmm.. tak macam aku ...nasib si pedot ni ajak keluar kalau tak mereput kat rumah.
Sejam lebih gak aku menahan sabar tunggu cerita dongeng ni habis, rasa macam berkurun aku tunggu nak habis. Selesai tengok wayang aku hantar si raksasa ni balik rumah dia sebab aku memang dah janji pun, at least boleh borak². Macam biasa laluan aku balik ke rumah aku akan ikut Duke, sebab aku memang tak reti nak ikut jalan alternative lain so ikut jer mana yang aku biasa. By passed BA hati aku jadi sebak..banyak benda aku tinggalkan kat sini...Ya'Allah, berilah aku kekuatan..
Fikiran aku melayang sepanjang perjalanan balik ke rumah... Apa khabar dia agaknya..?? hrmmm...tiap kali teringat kat dia, aku istighfar banyak². Memang sedih tapi aku hanya mampu kirimkan Al-Fatihah untuk dia, aku ada terbaca somewhere kalau kita rindu atau teringat kan seseorang ada lebih baik kita sedekah Al-Fatihah dan doakan yang baik² untuk dia. Tak elok kita terus berdendam walaupun putus hubungan, bukan takde langsung benda baik sepanjang perkenalan so itu lebih menenangkan. Aku taknak hati aku jadi hitam sebab berdendam dan irihati sesama manusia, ajal maut ditangan Allah jadi sebelum masanya tiba aku nak maafkan dan memaafkan semua orang, tak kisahlah besar mana pun salah dorang pada aku....aku nak hidup yang lebih tenang. Sebenarnya Surah Al-Fatihah ni bukan hanya untuk orang yang dah meninggal dunia, banyak jer manfaat surah ni.... so tak salah kalau aku sedekahkan untuk dia.... dia tak perlu tahu pun, yang penting pada aku Allah tahu niat aku sebenar. Aku tak perlu sesiapa untuk faham isi hati dan perasaan aku lagi. Biar aku menyayangi dia dari jauh so hati aku tak menangis lagi macam dulu, yang penting bagi aku kebahagiaan dia. Walaupun dia mungkin dah tak ingat kat aku lagi dan happy dengan life dia sekarang... memang indah kalau dapat pertahanan tapi semua tu tinggal mimpi, takdir berkehendakan macam tu .. tak kisahlah, itu dah pilihan dia moga Allah jagakan dia untuk aku. Cinta tak semestinya memiliki, setiap kejadian tu ada hikmahnya tersendiri cuma caranya berbeza². Bersangka baiklah pada Allah sebab Allah tak pernah menzalimi hambaNya...Allah bawak dia pergi sebab janji Allah tu tetap pasti hanya yang terbaik untuk orang yang sabar... Inshallah.