Kenapa aku pilih titile "OTAK DA BEKU KE.?
Mungkin kerana aku ingin dan suka kaitkan dengan mereka yang mempunyai otak yang seakan dalam process pembekuan, ini juga amat dekat dengan manusia egois, sebab manusia yang ego ni selalunya agak kurang bijak mengunakan fikiran yang diberi. Atau pun lebih tepat lagi golongan ini suka bertindak mengikut kata hati tanpa berfikir impak yang bakal mereka terima kelak. Impak yang bakal memakan harga dan maruah diri sendiri...
Sedar atau tidak aku seakan naik muak dengan golongan manusia yang sebegini, berinterksi dengan orang lain sememangnya routine harian yang tidak dapat dielakkan. Sebab berinteraksi adalah alat perhubungan semulajadi diantara satu sama lain. Baik dengan manusia, haiwan tumbuhan dan apa sahaja disekitaran kita. Dalam berinteraksi kita juga tidak dapat lari dari pelbagai ragam karekter dan keperibadian seseorang manusia yang memberi corak dan warna tersendiri dalam kehidupan ini. Dari interaksi juga wujudnya tindakbalas emosi yang mewakili pelbagai rasa, efek yang menimbulkan rasa gembira, suka, kecewa, kesal, marah dam macam2 lagi. Ini terhasil daripada setiap ungkapan, menulisan ataupun perbuatan kita yang kita tidak sedar mungkin boleh menyinggung hati seseorang.
Pada saat seseorang disakiti atau kecewa, mungkin mudah pada mereka yang berhati lembut untuk memaafkan sesuatu kejadian tetapi hakikatnya belum tentu seseorang itu boleh melupakan satu2 kejadian itu dengan begitu mudah. Seperti jugak perumpamaan ini; "Berbuat kebaikan itu bagaikan huraian titisan hujan dikala kemarau, menyegarkan bumi dan seisi seluruh alam. Namun berbuat keburukan itu ibarat menanamkan sebatang paku pada permukaan kayu, andai paku dicabut tapi bekasnya akan terus ada." Kaaaannnnnnn...
Berbalik pada manusia egois,
Sifat egois juga ada positif dan juga negatifnya. Beberapa contoh sifat egois positif dan negatif yang sempat aku kutip selama aku berinteraksi dengan manusia golongan ini selama aku hidup dimuka bumi Allah ini.
EGOIS YANG POSITIF
Terlalu ingin melindungi orang yang penting dalam hidupnya.
Suka mengatur untuk kebaikan sesuatu.
Tidak suka melihat hal-hal yang tidak baik.
Selalu berusaha dan pantang menyerah walaupun sering mengalami kegagalan.
Membantah untuk sesuatu yang tidak baik dan menampakkan keburukan.
EGOIS YANG NEGATIF
Merasa diri selalu benar dan hebat.
Suka membantah bila dinasihati dengan baik.
Gaya hidup yang bebas tanpa aturan dan tiada siapa yang berhak untuk melarang.
Memuaskan diri sendiri dan merugikan orang lain.
Tidak peduli dengan orang diselilingnya.
Sifat manusia egois positif seringkali memberi impak yang menyenangkan semua pihak ini kerana sifat kepekaan dan keperihatinan golongan ini terhadap persekitarannya. Sementara sifat egois yang negatif sering dikaitkan dengan kerugian ditimpa musibah, bencana, permusuhan, pertengkaran dan sering tidak disenangi oleh semua orang.
Sebagai insan yang memiliki kebebasan dalam hidup, kita berhak untuk memilih. Apakah ingin terus diri dikendalikan oleh ego yang tidak memberi apa-apa pulangan dan faedah. Atau kita perlu menjadi lebih bijak untuk terus dikendali atau kita sendiri menjadi pengendali ego kita sendiri. Pilihan ada di tangan kita sendiri so fikir lah sendiri..jangan nanti baru terhegeh2 nak betulkan kesilapan diri sendiri..
Sebagai insan yang memiliki kebebasan dalam hidup, kita berhak untuk memilih. Apakah ingin terus diri dikendalikan oleh ego yang tidak memberi apa-apa pulangan dan faedah. Atau kita perlu menjadi lebih bijak untuk terus dikendali atau kita sendiri menjadi pengendali ego kita sendiri. Pilihan ada di tangan kita sendiri so fikir lah sendiri..jangan nanti baru terhegeh2 nak betulkan kesilapan diri sendiri..
