Bismillilahirrahmanirrahim.....
Ya'Allah Ya' Tuhanku, kau pulihkan "KETUMBIT" ini!
Hari ini dalam sejarah kerana cukup sudah 10hari aku diserang ketumbitan mata atau sty, habis sudah ubat-ubatan yang doctor kasi. Yang tinggal hanya ubat titik mata (yang pasti setiap titisan akan menyelusur terus ke tekak!) dan tidak best. Hingga ke hari yang ke-10, aku masih tercari2 kenapa dan mengapa ketumbit ini macam suka sangat kat aku. Mengikut kata doctor yang tak cun merawat aku hari tu, punca ketumbit adalah radang yang berlaku pada kelopak mata yang berpunca dari infection. Kebiasaannya infection ini akan membiak pada akar bulu mata hingga boleh menimbulkan gumpalan seperti benjolan air kecil diatas mata dan ada juga yang terjadi dibawah kelompak mata. Ketumbit juga berlaku disebabkan radang dan penyumbatan kelenjar mata yang menghasilkan minyak dan airmata yang terletak hampir dengan kelompak mata dan untuk menentukan bulu mata kalis air bla bla bla......
KETUMBIT YANG JELESKAN AKU!
Yang nyata lagi ini adalah kejadian yang pertama yang terjadi dalam hidup aku, kerisauan dalam hati dan fikiran aku bercampur-aduk. Yeaa lah kan, 1st time kot kena ketumbit macam ni. Ubat dah habis pun masih tak elok lagi cuma mata taklah gatal2 macam sesetengah orang kena. Cuma tak selesa so kena pakai spek instead of lens macam hari2 biasa. Macam2 petua aku dengar dari kawan2 kat office...yang masuk akal dan tak masuk akal pun yea jugak. Pernah juga try nak pecahkan sendiri benjolan air tu tapi gagal, masih tak pecah2. Arrrrrrghhhhhhh tensi tensi. Berapa lama agaknya ketumbit ni nak elok, aku pun tak tahu. Sabar ajer lah..
Hasil dari kajiselidik yang aku sendiri lakukan selama aku diserang ketumbitan ini actually terdapat juga beberapa faktor lain yang boleh menjadi penyebab utama mengapa kelenjar minyak mata tersumbat. Ianya terdiri daripada:
- Tekanan/Stress - Tapi aku tak stress!
- Pertukaran Hormon - Hrmmm hormon, yea kot! perempuan kan..
- Mengunakan peralatan solekan dalam jangka yang agak lama dan telah dijangkiti bakteria - Aku bukan retis nak pakai make-up bagai!
- Diabetis/Kencing Manis - Confirm! bukan aku orangnya.
- Kandungan lemak yang tinggi dalam badan - Ada kot sesikit! tapi belum tahap kritikal lagi :p
- Kekurangan Vitamin dalam badan - Terlebih Vitamin adalah!
- Kekurangan air dalam badan - Memang pun! malas nak minum air.
- Panas - Well! Malaysia memang panas, takleh nak buat apa kan...
- Jangkitan Kuman dari peralatan yang berkaitan dengan mata - Mungkin jugak!
- Ketumbit ni jeles! - Hahah xleh tengok aku senang hati!
Yang merisaukan aku tika ini, kalau ketumbitan ni melebihi 2minggu ini bermakna aku kena pergi semula kat klinik yang aku pergi hari tu. Dan mungkin juga pembedahan kecil akan dilakukan jika ianya benar2 tidak dapat dipulihkan sepenuhnya dengan ubat yang diberi. Bila dengar "PEMBEDAHAN" ajer dah cukup membuatkan aku seakan cuak nak pitam! Hasil dari google/youtube dan macam2 artikel yang aku dah baca selama ada ketumbit ni, jika benar pembedahan kecil akan dilakukan ini bermakna doctor akan buat satu torehan kecil untuk mengeluarkan cecair yang berada dalam benjolan ketumbit. Nak keluarkan cecair tu okay lagi tapi bab nak toreh2 kelopak mata! Haaaaaaiiiishh ingat kelompak mata aku pokok getah ke untuk ditoreh2! Seram, gerun a.k.a takut semua menjadi satu tika ini = buat2 pengsan!
Diantara simptom2 ketumbitan..
- Bisul/bejolan air diatas atau dibawah kelopak mata
- Bengkak disekeliling kelompak mata
- Kelompak mata menjadi sakit bila disentuh
- Kelompak mata menjadi merah
- Mata menjadi pedih dan mudah berair
- Gatal2 dikawasan sekitar benjolan/bisul
- Mata tidak selesa dan alah dengan cahaya terang
So kalau kamu2 semua ada simptom2 berikut kebarangkalian kamu2 juga akan/bakal diserang ketumbit! Tapikan if sesiapa ada petua nak ubatkan menatang ketumbit ni, pleaseeee share kat aku. Cuma satu lagi, suka juga diingatkan disini mitos yang mengatakan kononnya ketumbit disebabkan mengintai/mengendap adalah TIDAK BENAR sama sekali! Siapa pun yang aku nak mengendap kannn! hahahhahaha ...okaylah sekian saja sessi luahan rasa untuk malam ini....:p bye!
