Selamat petang jumaat yang semakin menjenguk senja. Pastinya time ni korang² semua tengah stuck dalam jammed tak pun tengah bergasak² mencari tempat melepak sementara menunggu semak jumaat yang masih sesak. Aku masih kat office lagi time ni, sebab memang takde nafsu nak balik awal. Jadi dikesempatan ini aku ingin membayar hutang tagging yang belum langsai lagi. Hehehe courtesy blogger so eloknya jawap kalau ada yang bertanya (bergantung pada masa yang kita ada) jangan nanti orang jadi muak untuk menyapa, jauh sekali nak jadi follower. 3-4 hari lepas aku ditagging oleh Shahrazali dengan soalan² dan baru lah hari ini aku berpeluang nak menjawap semua soalan si-penanya/pentagging! (hahah rasa macam barang kat supermarket plak ada tagging bagai).. Diantara soalan yang perlu aku jawap adalah.....jeng jeng jeng heheh
DAH BERAPA KALI JATUH CINTA?
Actually jatuh cinta memang selalu, so soalan kena lebih specific sikit kalau boleh :D sebab cinta kat hati aku sememangnya buta tak punya mata. Dia tak kira apa aja! Asalkan dia suka, dia akan jatuh cinta. Meaning memang tak terkiralah berapa kali cinta ni dah terjatuh, terkadang tu ada yang tak sempat pun aku kutip dah skip pada kecintaan yang lain..Latest cinta aku jatuh pada camera DSLR aku dan cinta aku tersungkur pulak pada seseorang yang jauh dimata tapi terlalu dekat dihati....next
SIAPA IDOLA HIDUP? DAN KENAPA?
Secara terperincinya memang aku tak punya idola, lebih² lagi untuk aku jadikan model dalam kehidupan. Tapi aku admire orang² yang kuat berusaha dan mempunyai matlamat hidup duniawi dan akhirat. Focus dengan apa yang telah mereka rancang demi untuk memajukan diri sendiri dan punya sikap untuk membantu orang lain untuk sama² seiringan untuk berjaya. Tak kira siapa pun dia, apa pun kaler kulit mereka. Yang penting kesungguhan dan niat hati yang suci.....next
BLOGGER KEGEMARAN?
Soalan ni aku dah pernah jawap sebelum ni, boleh rujuk kat sini SIAPA DIA tapi aku nak specifickan sikit biar terang. Aku suka blogger yang pandai bermain bahasa. Yang bijak menyampai sesuatu message dengan identiti yang unik dan tersendiri. Blog tak cantik tak menjadi masalah, asalkan punya bahasa yang cukup indah. FYI - Agak kurang gemar blogger yang menggunakan bahasa chatroom yang sememangnya aku tak faham. Jadi itu boleh membuatkan aku putus nafsu untuk meneruskan selongkar blog seseorang....next
AZAM UTAMA TAHUN BARU INI?
Aku ingin menjadi hamba Allah yang beragama Islam yang bukan hanya pada nama...next
SEBAB SELALU MENANGIS?
Rindu dan rindu nothing more nothing less.....next
APA YANG MEMBUATKAN AKU KETAWA BESAR?
Lawak bodoh esp bila lepak ngan BFF, lawak yang bertujuan hanya untuk hiburan....next
PERISTIWA PALING MEMALUKAN DALAM HIDUP?
Selalunya peristiwa yang memalukan boleh mendatangkan keaiban diri dan sebaiknya kita simpan untuk diri sendiri. Tetapi aku punya satu cerita yang aku kira memalukan pun ada dan lawak pun ada. So aku tak kisah untuk berkongsi kat sini sebab ada pengajaran disebalik cerita. Aku pernah keluar makan tengahari di satu restauran yang agak terkenal dengan sepasang kasut yang berlainan kiri dan kanan. Punca insiden ni terjadi sebab dulu aku punya perangai suka pakai selipar masa drive dan suka letak kasut bawah driver seat. Nak jadikan cerita, tanpa periksa aku sudah terus sarung kasut yang berlain kaler. Dan aku hanya menyedarinya setelah selesai makan dan on the way ke kereta. Haaaaa hanya Tuhan saja yang tahu betapa tebalnya muka aku tika tu. Sebab jarak kereta dan tempat makan boleh dikatakan jauh juga dan memerlukan aku untuk berjalan dihadapan khalayak ramai. Sejak dari hari itu aku tidak lagi simpan kasut bawah driver seat lagi. So gadis², kakak², acik², kak nam sekelian, jadikan ini pengajaran kalau taknak jadi tumpuan disebabkan kelalaian sendiri.....next
DRAMA/MOVIE PILIHAN MASA TERDEKAT INI?
Takde! sebab selalunya TV yang akan tengok aku, movie plak apa aja yang ada kat wayang aku layan ajer asalkan bukan cerita melayu, india & hindustan :D ....next
PANDANGAN TENTANG SEMUA ENTRI DALAM BLOGS Sembang Shahrazali ?
Errrrrrkk....tak pandai nak komen pasal blog orang sebab aku bukan Pro dalam bidang penulisan. Cuma yang aku realise, dia ni suka tulis entri yang panjang menjela. Tapi sebagai blogger aku faham, orang yang boleh menghasilkan penulisan yang panjang menjela ni sebenarnya mereka jenis ini suka berdebat dengan fikiran sendiri tetika menghasilkan entri. Sebab pernah gak terjadi kat aku macam tu heheh. Dan sebagai summary, blog dia ni pulak most of the follower perempuan yang bertudung hehehee..last but not least, dia ni DIE HARD FAN Manchester United katanyeeeeer (ikut tema blog dia lah kann) tapi kaler biru hahaha :p PANGKAHH²! Kalau biru kena tukar lah lagu MU tu jadi "blooomy²" no more "Glory²" lagi hahahah sorry bro!
Sekian Terima Kasih >_<
Sekian Terima Kasih >_<
