Melepaskan epilog November 2011 buat selamanya dan tidak akan kembali lagi walaupun hanya sisa sampai bila², ku suntingmu wahai Disember menjadi teman hingga keakhirnya.....Alhamdullilah, kelelahan hari² semalam selamat aku jalani dengan tabah. Kegersangan jiwa yang meronta ingin berbicara seperti biasa aku akhirinya disini. Nyah kau November selamanya! disini tempat menyusun kata, disini halaman debat bicara. Menarikan resah jiwa yang mabuk dengan cinta dan pelbagai rasa! Hahahaha :D
Wallllaweeeyh! Sekejap aja masa berlalu, aku rasa baru ajer semalam aku menyambut tahun baru 2011. Tup² hari ni dah masuk pun bulan Disember, bulan terakhir sebelum hadirnya angka baru. Jauh betul perjalanan hidup aku kan! Begitu juga dengan kereta aku, 4Tahun 7bulan, 1 Disember 2011 bersamaan dengan 111111KM! hahhaha sejauh itulah perjalanan kereta kesayangan aku yang selama ini menemani kemana aku pergi selama 4tahun 7bulan. Setiap hari setiap 1kilometer yang menyimpan pelbagai cerita. Cerita pahit masin masam manis semua ada. Kalau lah hidup boleh reset, confirm! Akulah orang pertama yang akan select button reset! Kalau fikiran manusia boleh diformat, aku jugalah manusia yang akan format semua manusia yang durjana (jangan ditanya kenapa & mengapa)... Kalau lah juga hidup seumpana buku, mahu aku jadi ulat dalam buku! hahaha sebab aku tak mahu tahu apa isi cerita dalam buku tapi aku mahu makan sampai hancur semua buku yang ada! Pastinya kesudahan yang hanya meninggalkan abu! Apa lagi erti kehidupan, kalau manusia tak pernah redha, redha harungi turun naik pusingan roda kehidupan yang terkadang melemaskan. Berbalik pada Disember, kebiasaannya bulan Disember adalah satu²nya bulan climax diantara bulan² yang lain. Terlalu banyak yang nak dicelebrate, terlalu sibuk dengan segala yang ingin diabadikan dengan kenangan yang terindah. Kataaaaaanyer lah kan... pelbagai azam yang entah apa² dibuat dan kesudahannya azam hanya tinggal azam yang masam! Berfikiran luar dari batasan, aku sering diawangan! Aku ingin terus maju kehadapan! Terus dan terus tanpa batasan. Tegar meneruskan pencarian bahagia yang hakiki peneman duniawi hingga tiba perhitungannya nanti. Kerana aku masih sedar, aku hanyalah seorang hamba. Hamba kepada Yang Maha Esa Pencipta alam semesta, yang mencipta manusia bukan hanya untuk dipersia. Pencipta yang inginkan hambanya bahagia, agar manusia mengerti bahawa ia adalah seorang hamba yang memiliki oleh yang maha berkuasa.
Aku dibumi yang terus diuji, untuk aku menjadi manusia sejati. Memuliakan hati untuk mendapatkan berkat yang tertinggi. Dan jadikanlah aku seorang kekasih yang terlalu kaya dengan rasa sayang dan terus dikasihi dan mengasihi untuk dia si-penjaga hati yang bertahta disanubari. Apa lagi yang aku mahu....
"Hanya dengan kebesaran & kekuasaanMu, ciptalah jiwa kami untuk menjadi bahagia dan merdeka. Berilah kami jiwa yang sentiasa redha dan bersyukur dengan segala yang telah ada. Jauhkan kami dari segala yang kau murka, agar kami sentiasa sedar dunia hanya sementara hingga waktunya tiba.."