Sunday, December 04, 2011

...BUG WETA! World's biggest insect found...!

Mood malasan pagi ahad, rasanya dah hampir 2jam aku melingkar atas katil sambil merayap kesana kemari cari idea untuk entry hari minggu. Dengan keadaan cuaca yang cukup melemahkan kaki untuk bergerak, aku rela jadi hamba kemalasan hari ini. Jalan punya jalan secara virtual dan hanya dihujung jari. Dari satu website ke website yang lain, aku terjumpa benda ini. Macam menarik and rasa nak share ngan bloggies semua. Sebab aku memang sedia maklum tak ramai yang suka tengok online news yang bukan melibatkan cerita dalam negeri. So ini yang aku jumpa, kesahihan penemuan ini tidak dapat dipastikan sama sekali sebab aku pun jumpa kat online news update dan kalau news ni tipu means akulah yang tertipu kan...hehe tak kisahlah tapi tak mungkin berita tipu sebab rata-rata akhbar tempatan kat US melapurkan menemuan ini cumanya tidak ada lapuran terperinci mengenainya dan tidak ada sidang akhbar rasmi diadakan. Agak2 yang tak ada lauk nak makan pasni leh amik benda ni buat gulai. ehehhehe

LONDON, 3 Dec 2011
Mark Moffett 55, seorang bekas ranger dan seorang Entomologi di Amerika Syarikat mendakwa telah menemui makhluk seperti kriket atau serangga terbesar di dunia di Kepulauan Barrier Little New Zealand. Serangga ini dilihat naik keatas pokok semasa Mark dan tiga rakan yang lain sedang berjalan-jalan dipulauan kecil ini. Serangga ini dikenali sebagai "Bug Weta" dan mempunyai rentangan sayap sekitar 18cm dengan berat yang bersamaan dengan 3 ekor tikus. Akhbar tempatan The Sun AS melapurkan, serangga yang ditemui oleh Mark ini dianggap telah lama pupus sepenuhnya dari tanah Eropah setelah membawa spesis tikus ke New Zealand beberapa tahun dulu.

Mark juga memaklumkan Weta ini adalah Weta betina dan ia merupakan serangga yang terbesar didunia yang pernah ditemui.  Ini juga adalah cacatan yang luar biasa bagi rekod dunia. Mark yang juga peminat serangga dengan gembira memaklumkan berita penemuan ini pada akhbar tempatan.

Source: The Sun US/The Telegraph