Ini adalah Internet Service yang TERpaling best so far! Before this macam² service dah guna semuanya kaput dan terlalu lah sengal. Sungguh tidak menepati citarasa nafsu untuk online. Oleh kerana kawasan yang aku tinggal border antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur (depan rumah PJ and belakang rumah KL) so signal broadband gak bengong sikit, tak tahu mana satu dia nak connect. So yang jadi mangsa aku lah sebab takde service provider yang boleh menepati apa yang aku inginkan. Hrmmm diantara service² yang dah pun kena terminate oleh aku yang bernama pelanggan yang inginkan kepuasan beronline adalah seperti berikut:
MAXIS Broadband: Hmmm okay lah tapi sengal ajer but kalau disconnected takde alert wutsoever. Kira aku online syok sendiri tapi takde connection sebenarnya. Lagging! Depends on area gak dan jarang² sekali dapat 3G connection. Asyiklah ngan Edge! Kadang xde signal langsung esp bila high traffic as usual malam weekend.
CELCOM Broadband: Slightly ok + consistent connection but slow motion. Macam kekura, rasanya kekura pun laju. Cuma bagusnya consistently connected walau pun lappy idle for 8hours. Tapi tak cukup best!
P1 WiMax: Ini lagi tak boleh pakai! 3G lah sangat katanyer tapi kena letak device bebetul kat luar umah, tu pun kira nasib2 kalau dapat. Kalau hujan, langsung terus sejuk semua connection. Hukumannya tak sampai 2minggu dah kena pulangkan semula + size device yang tak mesra alam sungguh kurang menyenangkan! Nasib baik tu trial set. Tak payah bayar apa².
DiGi Broadband: Haaaaaa ni sekor lagi, connection syok sendiri. Aku bertahan guna menatang DiGi ni seminggu ajer. Sudahnya tempat yang paling sesuai sekali untuk dia dalam kotak bawah tea table aku.
Akhirnya aku jumpa natang YES ni.....cukup puas hati! 4G Internet connection yang teramat laju. Cuma kelemahan YES ni coverage masih belum menyeluruh lagi. As for now hanya Klang Valley & some places macam bandar besar. Means kalau balik kampung terpaksa juga phone jadi modem. Tak kisahlah kan, yang penting aku tak sengal duduk rumah sorang² takde internet connection. So hari ni aku nak habiskan RM20 debit credit yang aku dapat dari account Dongle Broadband (device yang kecik tu) so free connection. Tiap² bulan aku dapat RM10 dari account broadband ni. Macam mana dia kira sila check kat YES OH YES untuk butiran lanjut. As for Dongle Wifi (yang besar tu) plak hrrrmmmm Data Balance aku masih ada lagi 2,399.53MB. Haaaaaaaaaa banyak lagi tu cukup untuk sampai hujung bulan nanti. Yang ni best sebab 1 device ni boleh connect up to 3-4 connection at 1 time. Masuk ajer rumah hp and lappy semua auto connect kat wifi ni. Ala² Starbuck plak heheh so before credit prepaid ni expired nanti aku topup sikit untuk carry forward the whole balance, kan mudah! Nama pun prepaid internet kan....so konsep dia sama ajer dengan prepaid phone. Convenience & flexible device so for those yang nak cari broadband or wifi selain daripada Unifi & Steamyx, this is the best solution. Unifi & Streamyx mmg laju tapi takleh bawak kesana kemari kan kan kan :p
RINGKASAN PACKAGE YANG PERLU DIBAYAR ADALAH SEPERTI BERIKUT:
RM 68 (Dapat up to 3.5GB + 150min Voice Call + 150sms)
RM 150 ( Dapat up to 10GB +250min Voice Call + 250sms)
Actually service ni datang sekali dengan simcard 018 tapi aku tak pernah pun utilize sms ngan voice call dia cuma guna data ajer. FYI - RM 68 & 150 tu perlu diguna dalam masa sebulan dari tarikh kita register TETAPI BAGUSnya kalau kita topup before expiry date credit yang ada kita boleh carry forward semua balance kebulan yang berikutnya. Ini bermakna credit akaun akan bertambahlah so leh lah korang bertenet sampai lebam. Selanjutnya pergi cari YES dealer okesssss heheh...Gud luck okay to all internet sufferer hehehe (agak² sesuai tak aku jadi promoter YES ni) hahahah
