Thursday, December 15, 2011

....Spontaneous Sharing - Cabang yang tak mungkin tersimpul

Photo: FOC via Google Gallery

Haaaa! Pernah tengok benda ni tak? Kenal ke apa benda kat atas ni? Last aku tengok free hands mind map ni was the past 8years ago kot. Itu pun belong to former CEO tempat lama aku kerja dulu. Tak sure samada benda ni relevant lagi atau tidak untuk diguna pakai. Ia akan lebih menarik lagi kalau dilukis sendiri oleh tuan punya diri. Bagaimana seseorang individu yang boleh mencorakkan peta fikiran sendiri berdasarkan apa yang dia fikirkan/mahukan. Pencorakkan idea² mind mapping yang boleh dikembangkan melalui method cabang² hasil dari sesuatu yang difikiran & penelitian dan hala tuju/focus individu itu sendiri. 

Pengunaannya mind map ini adalah meluas kerana ianya seolah gambaran peta fikiran yang tidak terlukis tapi boleh dihasilkan melalui motif satu² tujuan dari awal hingga akhir a.k.a matlamat yang diingini. Ianya juga amat membantu untuk kita memotivasikan diri sendiri selain daripada hanya mengingati focus dan plan satu² tujuan. 

Dahulunya konsep mind mapping ini pernah diterapkan dalam proses pembelajaran disekolah² oleh cikgu² yang tahu akan system mind mapping ini. Hasilnya terbukti boleh diadaptasi dalam segala bidang yang kita ceburi samada untuk keperluan pencapaian diri, perniagaan dan dunia entrepreneurship juga tidak terkecuali. Ia juga dapat menggambarkan tindakan yang seharusnya kita lakukan demi untuk mencapai satu² matlamat yang telah kita tetapkan/target. 

Kerana sebagai manusia yang semakin hari kian dimamah usia, tidak dinafikan kita tidak mungkin boleh untuk mengingati semua benda dengan sempurna. Ini terjadi kerana sifat semujadi otak/memori kita yang berkerja setiap hari dan mengumpul data untuk otak. Sebab otak kita bukan macam memory computer yang boleh ditukar atau ditukar ganti jika kaput. 

Bermula dengan menerima input fikiran kita akan memberi perhatian sepenuhnya sebelum ia disalurkan untuk proses penyimpanan ataupun tindakan yang perlu diambil dalam masa yang singkat dan jangka masa panjang. Bayangkan itu hanya 1 input yang diterima dalam masa sesaat, berapa banyak pulak input yang otak kita terima dalam masa 1 minit, 1 jam, dan 1 hari ? Belum lagi diambil kira bulan dan tahun. Walhal kita semua sedia maklum, besar manalah sangat size otak manusia kan tetapi ia boleh menyimpan berjuta data tak ubah macam COE server. Asalkan manusia hidup selagi itulah fikiran dan otak kita terus mengumpul data yang diterimanya. Berkerja tanpa henti sampai detik hayat yang terakhir.

Dalam masa yang sama, otak juga berfungsi untuk memotivasikan/mengerakkan manusia berdasarkan data yang disimpan hari². Dari fikiran kita cuba merealisasikan sesuatu yang dipengaruhi oleh memori yang efektif sebelum terhasilnya satu² tindakan berdasarkan sesuatu yang dihasilkan oleh fikiran.

Tapi aku percaya tidak ramai yang mempraktikkan method mind mapping sekarang ni dan tidak keterlaluan jika aku katakan mungkin ada yang tidak tahu langsung apa benda ni. Untuk percubaan mungkin boleh cuba lukis sendiri mind map diri dengan meletakkan diri korang kat tengah² (sama seperti kedudukan batang pokok), kemudian cabangkan setiap apa sahaja yang sedang korang fikirkan diikuti dengan cabang sambungan untuk tindakan yang ingin diambil seterusnya. Bila semua benda yang difikirkan telahlah mempunyai cadang sendiri hasilnya nanti akan menjadi 1 peta fikiran yang kita sendiri pun tak duga terlalu complex dan complicated tapi itulah sebenarnya hakikat otak kita berkerja hari². :D