Saturday, December 17, 2011

Kelassss Kau Maria! Nak jadi Filem Star!!! :D

PhotobucketPhotobucket
JYOTI AMGE, 18 Tahun

Terlalu awal aku bangun hari pagi, as usual pagi sabtu yang tak punya xtvt yang memberangsangkan. Snake'ing and blogging. Dah 2-3 hari aku tak blogging thn banyak entry aku buat scheduled entry. Cukup time entry publish sendiri. Seperti biasa pagi sabtu selalunya aku habiskan masa baca online news atas katil if ada yang menarik mungkin boleh dikongsikan disini. Dalam banyak2 news yang aku baca tadi ini yang menarik perhatian aku. Kisah seorang pelajar sekolah menengah dicenter of India, Nagpur.Dia telah diiktirafkan sebagai pemegang rekod terbaru wanita terpendek di dunia oleh Guinness World of Records semalam. Jyoti Amge, 18 Tahun yang menyimpan hasrat untuk memiliki segulung Ijazah dan bercita2 untuk menjadi bintang di Bollywood satu hari nanti. (Kelasssss ko Maria! hehe) Jyoti yang memiliki ketinggian hanya 62,8 sentimeter (24.7 inci), ukuran yang lebih pendek daripada purata kanak2 normal yang berusia 2 tahun. Ukuran ini dimaklumkan secara rasmi oleh wakil Guinness yang datang melawat dari London di majlis yang dihadiri oleh kira2 30 orang saudara-mara dan rakan-rakan dibandar Nagpur, Maharashtra.
   
Jyoti yang dilihat mengenakan sari yang cukup sempurna dimajlis berkenaan memaklumkan, ini adalah hadiah harijadi yang paling berharga padanya dan juga bersyukur kerana ditakdirkan menjadi manusia kecil dengan membawa pengiktirafan dunia kepadanya. Pengiktirafan ini juga disambut meriah bersama2 sanak-saudara dan rakan-rakan sambil memotong kek harijadinya yang ke-18 semalam.

"Saya telah meletakkan Nagpur di atas peta dunia, sekarang semua orang akan tahu dimana ia berada" ulas Jyoti lagi. "Saya mahu jadi pelakon" Jyoti juga mengulangi impiannya untuk menjadi bintang filem Bollywood serta mengejar Ijazah di Universiti setelah selesai sekolah tinggi pada tahun ini.

Jyoti yang diukur 7 sentimeter (2,76 inci) lebih pendek daripada seorang warga Amerika Bridgette Jordan, yang pernah memegang gelaran ini sejak September lalu. "Jyoti jua menggalakkan kita semua agar melihat sesuatu melampaui size dan ukuran seseorang dan perbezaan ini sama sekali tidak menganggu gugat dirinya" kata pengadil Guinness, Rob Molly.

Ini juga bukan rekod yang pertama, sehingga hari Jumaat Jyoti masih dianggap sebagai remaja yang terpendek di dunia. Jyoti yang membesar kurang daripada 1 sentimeter (0.4inci) dalam tempoh 2 tahun yang lalu, wakil Guinness berkata dalam satu kenyataan, Jyoti tidak akan membesar lagi disebabkan oleh satu bentuk Dwarfism yang dipanggil Achondroplasia. Pengiktirafan remaja terpendek didunia ini sekaligus memberi peluang kepada Jyoti untuk melawat ke Jepun dan Itali yang ditaja sepenuhnya oleh Guinness World of Record. Lawatan ini adalah untuk menemui pemegang rekod dunia yang lain. 

Untuk pengetahuan, pengiktirafan wanita terpendek dalam sejarah masih dipegang oleh Pauline Musters, yang tinggal di Belanda dari 1876 hingga 1895 dengan ketinggian 61 sentimeter (24inci) tinggi.



PLAY THE VIDEO! Dengar suara dia :') cute!
Source: AP Associated Press