Selamat Pukul 2.52petang!
Hellooo...! Baru nak mula kerja untuk hari ni tapi macam ni lah keadaannya on the way ke office tadi, jarang sangat2 area ni jam tapi hari ni exactly like Chow Kit Road. Tadi pagi Encik Wartawan sambilan kat Brunei memaklumkan ada letupan kat tempat favourite aku dan kawan2 lain melepak, Empire Gallery Shopping Mall, Subang. Terima Kasih En. Wartawan budiman, for the update hehe.. Macam ni lah selagi saya selagi tak keluar rumah memanglah tak jengok paper or dengar radio for any updated news. Sebab malas hehehe.....Apa pun perjalanan ke office hari ini sungguh mematahkan nafsu dan memendekkan semangat tetapi kugagahkan juga ke office hingga berjaya.
Back to Empire punya ceciter....
Actually shopping mall ni baru ajer setahun lebih beroperasi dan menjadi tempat favourite aku ngan kawan2 kat office melepak tiap hari Jumaat sebab tak jauh dari office then easy access dan masing2 malas nak drive jejauh masuk kl yang haruk-pikuk tu. Hasil daripada merayap-rayap baca online news sana sini, dimaklumkan 4orang awam tercedera akibat dari letupan kuat yang berlaku awal pagi tadi, dan hampir 300 orang pelanggan yang menginap di Hotel Empire diarahkan keluar dari premis berkenaan. Dan lagi laporan dari Star Online ada menyebut letupan berlaku dari Starbucks Coffee (errrrkkk tempat aku!) hasil dari siasatan awal melapurkan juga letupan berlaku diluar premis dan melibatkan saluran gas premis ini. (eh! macam wartawan tak bertauliah pulak! haha) Laporan awal juga ada memaklumkan dua perkerja Nepal terperangkap diaras bawah tanah (confirmed Pak Guard lah ni) tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil dan tiada kemalangan jiwa dimaklumkan. Sehingga takat ini tiada lagi berita terkini. Apapun Alhamdullilah, aku dengan kawan2 tak ada kat situ masa kejadian...~Amin~
Oleh kerana aku mempunyai masa yang teramatlah free sekarang ni so ni himpunan gambar-gambar ditempat kejadian yang sempat aku curi merata2 tempat. (Pengakuan terbuka ni) hehe yealah xtvt jurugambar sosial masih lom terlaksana lagi kan ....
Alamatnya, Jumaat ni dan minggu2 akan datang terpaksalah cari tempat lepak yang lain pulak memandangkan....
ch000tz: tapi rasanyer....start from Friday ini sampai Sunday depan aku dah fully occupied! hehehe so xyah pening pala...Ok stop sini dulu, nak pretending buat kerja sikit ...lebiu-lebiu !


