Keratan ni aku jumpa dalam satu satu portal Kerajaan yang boleh dikategorikan agak terkini juga, macam something yang tak kena pun ada dengan statement kat atas ni. Agak mengelirukan pun ada, ke aku sorang ajer yang agak blur......kurang faham. Tak rasanya, sebab pemahaman aku dalam bahasa boleh dianggap cemerlang gak hehe walaupun kadang2 terbabas juga lidah ni untuk bertutur dalam bahasa dengan sempurna. Kepelatan dan keteraburan bahasa kadang2 memang tidak dapat dinafikan dan masih lagi ada dan masih belum boleh dirawat lagi hrmmmm...dahhh shut Uppp!!
Ok, back to 1st sentence..(is sedang mencari message yang tersembunyi, ada ke?)
"Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. No Kad Pengenalan merupakan nombor pengenalan diri yang unik bagi setiap warganegara dan merupakan maklumat penting yang diperoleh dan disimpan oleh agensi apabila seseorang warganegara sebagai individu berurusan dengan agensi Kerajaan."
Apa sebenarnya message dia ni..? bukan ke semua sedia maklum akan keperluan Kad Pengenalan Diri tu since azali lagi. Identiti pengenalan diri yang wajib dimiliki oleh semua warganegara Malaysia? Walaupun masih ada lagi warganegara Malaysia yang masih tidak mempunyai Kad Pengenalan. No rujukan diri yang diperlukan dalam berurusan dengan semua pihak dan BUKAN sahaja dengan agensi Kerajaan. Itu pasti! Somemore sistem maklumat Kerajaan Malaysia bukanlah sehebat mana pon macam negara barat yang membolehkan kita mengakses maklumat diri hanya dengan satu click atau dihujung jari. Dan lagi seperti yang kita sedia maklum data maklumat individu jelas sekali TIDAK 'link' dengan semua badan-badan penting seperti yang digembar-gemburkan. Menaiktaraf data informasi hanya dengan statement 'syok sendiri' sememangnya tersangatlah tidak memberi apa2 impak kepada rakyat malah ia tidak ubah seperti mengajar katak melompat dengan betul. Toink-toink-toink...
2nd sentence adalah dirujuk hehe...(inisiatif, katanyerrr...!)
"Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan selaras dengan konsep "1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Kerajaan dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah memperkenalkan inisiatif yang dikenal sebagai MyID, dimana nombor Kad Pengenalan dijadikan sebagai nombor rujukan tunggal bagi warganegara Malaysia. Objectif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan."
Apakah ini bermakna dengan hanya MyID atau nombor Kad Pengenalan Diri sahaja sudah mencukupi untuk mengekses data peribadi ketika berurusan dikaunter-kaunter Kerajaan tanpa perlu bukti pengenalan diri yang sah? Macam mana pulak tu? Tak mungkin ini akan terjadi! sebab Kad Pengenalan Diri jugak yang dorang akan mintak sebagai bukti pengesahan, tak ada benda lain dah. So apa faedahnya MyID ni..? Apa beza dan kelebihannya.? bukan ke sama ajer konsepnya? MyID on MyKad, MyKad got MyID hehehe....sama kan.....no MyKad, no access......hhhahahah Contoh terbaik KWSP, access terpantas untuk mendapatkan statement account hanya memerlukan sekeping MyKad dan dimasukkan ke dalam slot kiosk dan sepantas kilat statement account akan dicetak. Settled! Tak pulak hanya dengan MyID..! tak mungkin MyID sahaja boleh access benda yang semudah tu, otherwise senanglah orang nak menyalahgunakan MyID sesapa pon...hehe tak pernah pulak ada experience lagi dealing ngan any of agensi Kerajaan yang tidak mintak MyKad. Takde...Takde!!! Dah tu agensi mana yang memperaktikan MyID..? Kasitau sikit, macam nak try deal ngan dorang pasni, nak gak tahu betapa bekesannya MyID ni sebab tugasan aku teramatlah banyaknya dealing ngan ghomen yang cekap dan teramatlah pantasnya...heheeh
Kesimpulan: Tak ubah macam Inisiatif Ketandusan Idea untuk menampakkan sesuatu yang baru. Ini repeatable info cuma beza penyampaian dan cara pengenalannya nampak macam baru walhal benda lama...Takde apa beza pon....So, confirmlah aku bukan blur or tak faham kan....haaaaaaissshhh apa nak jadi ni, tetiba aku jadi pengkomentator portal plak ni hahaha.....Sah sebenarnya akulah yang ketandusan idea sampai semua benda aku nak komen hihihi....Okaylah macam takde benda nak buat ajer .... "Selamat Pukul 5.30petang"
ch000tz: sebenarnya dalam kepala ni ada benda lain tapi yang keluar kat sini benda lain plak...>_< hrmmm
