Wednesday, September 28, 2011

omongan kosong....

Time: 11:10pm
Mood: Kosong
Mana: Atas katil

Aku...aku dan aku, tidak lain melain hanya aku....bukan untuk yang lain hanya untuk aku....
Waktu hampir mengheret mata untuk tidur namun hati masih bergolakan melonjak ingin mengatakan sesuatu. Yang aku sendiri pun tidak tahu yang mana satu dan apa yang hati mahu. Mampuku, hanya kuturutkan kata hati tapi akan aku pastikan yang aku tak kan mati hanya kerana hati. Setiap barisan kata lancar tersusun mengikut dendangan alunan rasa. Jemari umpama setia menurut perintah nyanyian isi hati, menari menaburkan rasa. Hati yang ingin terus merapu...BUKAN AKU! seolah asyik bertutur agar rasa dan hati bisa bersatu sementara aku dalam keliru.

KOSONG!
Hanya itu yang aku tahu, tidak seperti semalam dan hari2 sebelumnya...Aku cuma ingin menidakkan semua rasa, dan mungkin juga menipu diri sendiri seolah tiada apa yang hati cuba sembunyikan. Atau mungkin hanya permainan jiwa yang kosong...yang inginkan belaian rasa yang telah terlalu lama terbiar tanpa dijaga. Aku tak tahu!!!!!! Apa mahumu hati.......tak mungkin ini cinta jauh sekali rasa yang entah meraban merata. Sebab aku bukan gila dan BUKAN juga hanya suka2...Tapi rasa yang entah apa2 ada kala mengganggu jiwaaaaaaaa!!! Apa mahumu hati...? Aku tak mampu huraikan sendiri kerana aku sendiri tak tahu. Rasa rindukan hati...? Apa itu mahumu lagi...? 

Kau rasa yang gila!
Mana mungkin wujud rindu tanpa temu, mana harus punya cinta tanpa sua...
Apa lagi mahumu hati..? biarkanlah aku sendiri. Kalau dulu rasa pandai bermain sendiri, hati bijak menyendiri. Apa perlu kau temukan rasa dan mengganggu hati yang tidak mahu lagi diisi? Apa pula janji pengikat hati?  Aku tak tahu! ...yang mana perlu yang mana pasti..? Keduanya cukup ingin berkelahi sendiri. Jika dibiarkan aku pulak yang sakit nanti..


KATALAH HATI, JIKA ITU YANG KAU INGINI..


"Bisik hati yang sengaja ingin mengoyahkan rasa..."
Malam Kosong,
Malam yang tiada kata
Malam yang tanpa suara kecuali rasa
Malam yang sengaja mencuit lena
Malam yang mengundang rindu jiwa
Malam yang tanpa gelak tawa
Malam yang tanpa renggekkan manja
Malam yang mengajar aku mengeluhkan semua rasa
Malam yang aku mungkin tidak suka
Malam yang TANPA DIA...!


 ch000tz: ......... >_< aku tak sukaaaaaaaa....:'( apa maknanya ni?