06/01/05 (Khamis)
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kuala Muda, Kedah bermula jam 10 pagi. 2 biji Perdana dan 1 GTi meluncur keluar dari perkarangan pejabat. Perjalanan yang memakan masa yang terlalu lama membuatkan aku rasa 'kematu' dalam kereta. Nasib baik ada Faz Dragon kalau tidak sure aku mati kutu dalam kereta sepanjang jalan. Dahlah "tokdalang' agak pendiam. Kalaulah pergi dengan bas tentulah lagi haru. Tiba di perkarangan Sek.Kebangsaan Kota Kuala Muda hampir jam 4ptg. Dan aku masih lagi tak lunch walaupun dalam perjalanan kesini kami semua berhenti makan di perhentian Tapah. Emmm...masa tu aku tak lapar lagi. Tapi now memang aku tengah lapar...!!!! arrrgghhh nak makan..Lepas lunch dikawasan berhampiran dengan sekolah dimana we all bakal ditempatkan, misi we all bermula...
Lawatan ke kawasan Projek Pembinaan Penempatan Baru (RUMAH SEGERA) & Kawasan Pembuangan Sisa Bencana.
Lihat saja pada gambar diatas. Ibarat rumah kotak @ pon lebih tepat lagi rumah segera. Hanya mengunakan papan 'plywood' nipis sebagai dinding rumah memang cukup menyedihkan. Rumah penempatan ini kini baru 25peratus siap dibina.
Satu lagi gambar iaitu di Kg.Tepi Sungai. Tempat pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa bencana. Luar dari apa yang dijangkakan. Terlalu kotor, penuh dengan lalat dan bau yang cukup menjijikan. Yang tinggal hanya kawasan perumahan yang telah musnah...
Oklah aku dah penat...to be cont later sementara tu leh http://kotakualamuda.fotopages.com
penat siott......nak balikkkkk