Oleh kerana aku diletakkan di Kumpulan 2, jadi tugas aku salah satu darinya ialah runner. Dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan lain untuk dapatkan maklumat terkini. Bawak balik maklumat yang dikumpul ke bilik gerakan sendiri (Lab. Sekolah) then draft semula untuk dihantar ke hq @ upload terus ke dalam portal.
Actually day 1st beroperasi aku takde authority untuk upload terus ke portal, jadi nak jadikan citer pagi² lagi VP aku dah suruh secretary dia cal aku. Alahaiiii........sampai sini carik aku. So aku citer kat dia dari A - Z. Esoknya....
08/01/05 Sabtu
Rutin hari pagi breakfast dulu apa-apa hal pon. Mael member aku satu office sampai malam tadi. Jadi dia lah yang membawa utusan diraja dari hq membenarkan aku meng'upload' dari KKM. Heheheh sukanya....tak yah email-email lagi. Terus jer upload dari sini. Huhhh lega.. Tapi banyak gak step yang perlu dipelajari dari si-cikgu Mael ni.
Mael si-cikgu segera..!
Sampai jer pagi tu, dia mulakan dengan breakfast kat dalam bilik gerakan jer...Heheheh biasalah mamat tu.Breakfast kami hari ini Roti canai yang boleh dimakan seberapa banyak yang kami nak. Hehehe...menembam lagi lah camnie.
Mael mula mengajar aku camner nak kendalikan portal tu. Punyalahh laju nganjor orang, hiss tak leh dicontohi langsung kalau ditakdirkan dia jadi cikgu. Hehehe nasib baik lah boleh tangkap apa yang dia ajor. Kalau nak ikut dalam buku panduan yang dia bawak, alamatnya sampai hujung tahunlah baru aku khatam.
Cikgu segera aku ni, memang nampak rock sket tapi rock alim lah hehe. Since Mael ada, aku tak payahlah gegiler nak jadi runner. Cuma aku sempat menemu-ramah dan membantu mangsa² takat mana yang termampu.....Mendengar mereka berkongsi cerita. Sedih pon ada. Rileks zz, jangan terlalu emosional.