Thursday, January 13, 2005

Kontrak aku di KKM tamat hari ini..

Cont..08/01/05

Kontrak aku disini sampai hari ini saja, dijangkakan aku akan berangkat pulang ke KL hari ni. Cuma tak tahu pukul berapa next batch nyer team tiba di KKM.Pagi lepas sarapan, ronda bilik² gerakan aku terus update dalam portal. Hari ni nampak agak kelam-kabut sikit we all kat sini sebabnya CEO syarikat nak datang. Cuma kami diminta supaya tidak memberitahu sesiapa akan kehadiran beliau. Low profile gitu.

10am Perkarangan Sek. Keb. KKM
CEO syarikat kami tiba dengan driver dia, tapi kali ni bukan naik Mercedes-Benz. Dia naik kereta syarikat yang paling buruk sekali. Punyalah taknak orang tahu sampai sanggup dia naik kereta buruk tu. Heheheh

Beliau dijadual bermesyuarat dengan pegawai² daerah di KKM. Is more to Bumiputra nyer issue.Pastu dijadualkan melawat tapak bencana dan menemu-bual dengan mangsa. LUNCH TIME. Memang salah satu dari agenda beliau kesini untuk lunch bersama² sukarelawan syarikat. Heheheh yang best nyer beliau terpaksa join we all makan nasik bungkus tapi best lauk dia. Yealah kan masakan pure orang kampung mana sama dengan masakan kat KL nunnn..semuanya dah tak asli. Yang paling best tengok CEO kita org terpaksa makan dalam Lab. kat sekolah heheh...okay lah kan kena lah berkorban sket. Tu kira okay lah tu dari kena makan kat tepi longkang..Pas makan dia gi melawat tapak bencana dan menemu-bual dengan mangsa.Pastu menyampai sumbangan dari syarikat dan juga sumbangan peribadi beliau kepa mangsa.

Rutin we all reporter² yang ada cam biasa. Lab memang we all punya. Takleh nak cakap apa lahh. Aku dijadualkan balik petang ni tapi dah kul 5ptg batang hidung sorang batch aku pon tak nampak. Huhhhh giler punya kerja. Aku tak kisah nak extend lagi tapi kalau leh tu biarlah balik kan. Aku dah rindu kat tilam bantal aku kat umah. Dan aku tambah rindulah pada orang² yang berkenaan...paham² jerlahhhhh

Jam 5.30pm
Batch ke3 sampai, semuanya staff² dari anak syarikat. Aku tak berapa kenal sangat. Ada pon sorang dua je yang yang kenal. Tugas aku diambil alih oleh Mael. Dan seterusnya aku tak pasti. Process penyerahan tugas antara aku ngan Mael memang dah settled semalam lagi since we all buat sesama. Jadi dia pon paham ape tugas dia seterusnya.

6pm KKM
Aku masih tersadai kat sini, kakak² yang satu batch ngan aku tah ghaib kemana. Konunnya nak ambik langkah bijak lah tu just stay bersama mangsa² lain TAPI lain plak jadiknya. Aku nyaris² ditinggalkan, bukan apa yang aku risaukan kalau nak aku extend pon tak kisah cuma bag pakaian aku dalam kereta yang diorg naik. Huhhhh aku nak bengang lahhh. Bila aku cal diorg, barulah diorang cakap yang diorang on the way back. Huhhhh sekali lagi aku angin satu badan. Nak taknak diorg kena pusing balik amik aku. Whatever IS..!!!!! I dont care. Tinggalkan aku tapi barang aku angkat balik. Aper cerita ...

Jam 12am
We all dah ada disekitar Kuala Lumpur. Yeaaa KL "Im back"....