07/01/05 Cont..
Dari awal lagi kami sukarelawan dibekalkan dengan sleeping bag masing². Kesimpulan yang kami perolehi tentunya tiada tempat tidur yang sempurna bakal disediakan untuk kami. Ye lah nama pun sukarelawan kan. Itu memang dah dijangka dan kami semua memang tidak mengharapkan apa².Tidak juga mematahkan semangat kami untuk terus membantu sebaik mungkin.
Sebelum malam menjelang, kami diberitahu kami akan bermalam di sebuah chalet di Pantai Merdeka. Satu lagi pantai yang berhadapan dengan laut yang dilanda Tsunami pada 26 Dis lalu. 1 chalet yang diminta untuk dikongsikan seramai 5 org sukarelawan lain. Alhamdullilahh....tidak seperti yang aku gambarkan sebelum semasa aku dalam perjalanan kemari. Aku gambarkan yang aku akan tidur kat mana² jer dengan sleeping bag tu..
Seawal 4.30pagi. Aku orang yang pertama bangun dari tidur. Banyak sebab-musababnya. Aku tahu bahawa aku sering mengambil masa yang lama untuk menyiapkan diri. Jadi untuk tidak mengganggu yang lain aku mengambil langkah untuk bersiap awal. Kalau dah siap nanti senang sikit walaupun aku tahu aku bakal terlelap sementara menunggu 'kakak²' tu semua bersiap.
7.30am
Kami semua dah berapa disebuah warung dipinggir pekan berhampiran untuk menikmati sarapan pagi. Nasi lemak beraneka lauk, sedap tapi yang buat tak sedap bila makanan dah habis minuman aku dan Faz Dragon tak sampai². Sabor jer lah. Kalau ikutkan hati memang aku dah hilang mood untuk minum tapi aku ni masih berfikiran waras lagi. Tak mahu dikatakan keanakan dan kurang sopan ditempat orang.
Disana aku secara tidak langsung bertukar wajah. Hehehe bukan tukar jadi alien tapi penampilan. Dari seorang yang suka akan kecantikan kepada seorang yang berpewatakkan ala² jantan. Dengan Khakis dan baju 3 lapis lagi, membaluti tubuh aku. Pagi di KKM memang terasa dinginnya. Kena pula kawasan tu dengan pantai.
Selesai sarapan, kami terus bergegas ke Sek. Keb. KKM. Aku ditugaskan untuk membuat rondaan keseluruh bilik² gerakan untuk mendapatkan maklumat statistik terkini disemua penempatan mangsa. Dan mengumpulkan seberapa banyak maklumat untuk dimasukkan kedalam portal yang telah disediakan oleh pihak syarikat. Seramai 22orang sukarelawan dari syarikat kami dan dipecahkan kepada 3 kumpulan.
Kumpulan 1
Menjalankan aktiviti gotong-royong membantu mangsa-mangsa bencana membersihkan kawasan kejadian dan perumahan persendirian. Sukarelawan terpaksa bermandi lumpur dan selut semasa proses pembersihan dijalankan. Bau busuk dan amat menjijikan sememangnya tidak dapat dielakkan. Namun semua itu bukan penghalang bagi sukarelawan ini untuk meneruskan misi mereka bagi membantu mangsa-mangsa Tsunami.
Kumpulan 2
Ditugaskan untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan dengan bencana yang berlaku. Menemu ramah mangsa-mangsa yang masih ditempatkan di penempatan sementara seperti sekolah, dewan, masjid dan sebagainya. Disamping itu, sukarelawan juga turut menemu ramah sukarelawan dari agensi-agensi lain untuk mendapatkan maklumat seperti bantuan dan sebagainya untuk dilaporkan di bilik gerakan. Sukarelawan juga merakamkan gambar-gambar tempat kejadian untuk dikongsikan di Portal.
Kumpulan 3
Kumpulan ke 3 sukarelawan ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar asas pengunaan internet didalam Unit Internet Bergerak. Bas ini diletakkan berhadapan bangunan Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Perkhidmatan internet ini diberi percuma kepada kanak-kanak mangsa Tsunami di kawasan Kuala Kota Muda. Ini mengalakkan pengunaan internet dikalangan pelajar-pelajar. Sambutan yang diterima amat mengalakkan sehingga kumpulan sukarelawan ini terpaksa membuat jadual KHAS untuk memastikan keadaan terkawal. Unit Internet Bergerak ini dibuka setiap hari sehingga Jam 10malam.
>>>>>>>>>>Jangan kata aku tak buat kerja kat sana tau...heheh