Monday, January 10, 2005

1st nite @ Kota Kuala Muda

06/01/05 (Khamis)
Malam dikawasan perkarangan Sek. Keb. Kota Kuala Muda(SKKKM). Seumpama ada pesta keramaian. Terlalu ramai kanak² berkeliaran seumpama siang dan malam tiada perbezaan. Mangsa² Tsunami di KKM ditempatkan di 8 buah penempatan sementara seperti dibawah.

1. Sek. Keb. Kota Kuala Muda (2,652 org)
2. Surau Kg. Sg. Yu (50 org)
3. Dewan Kg. Sg. Yu (220 org)
4. Surau/ Dewan Kg. Paya (350 org)
5. Dewan Kg. Telok Amboi (180 org)
6. Dewan Pulau Sayak (80 org)
7. Sek. Keb. Hj. Kundung/Hj. Sulaiman (735 org)
8. Bangunan Warga Mas (11 org)

Jumlah mangsa yang masih ditempatkan di penempatan sementara setakat 07/01/05 ialah 4,278 orang dan sebanyak 1,048 buah rumah yang terlibat.

Hanya 11 org mangsa yang didapati meninggal dunia akibat bencana Tsunami pada 26 Dis 2004.

12 Kampung dari Daerah Kuala Kota Muda terlibat ialah :

1. Kampung Paya
2. Kampung Masjid Kuala
3. Kampung Hj.Kudong
4. Kampung Telok Nipah
5. Kampung KEDA Kuala
6. Kampung Sg. Muda
7. Kampung Kepala Jalan
8. Kampung Hujung Matang
9. Kampung Padang Salim
10. Kampung Sg. Yu
11. Kampung Pulau Sayak
12. Kampung Sg. Meriam.

Statistik² mangsa di penempatan sementara akan berubah dari masa ke semasa. Bagi mangsa yang rumah mereka masih boleh digunakan, mereka dibenarkan pulang kediaman masing² jika didapati rumah mereka selamat untuk diduduki. Dan mangsa juga masih boleh terus mendapatkan bantuan bekalan keperluan dari bilik² gerakan dimana nama mereka didaftarkan.

Rawatan kesihatan percuma dari Jab.Kesihatan disediakan untuk semua mangsa². Bekalan ubat-ubatan juga disediakan oleh pihak Jab.Kesihatan.

Mangsa² terpaksa mengunakan tandas sekolah, pili² air yang terdapat dikawasan penempatan, tandas surau/masjid berhampiran untuk mandi dan sebagainya. Pihak DBKL juga menyediakan 'Tandas Bergerak' untuk membantu mangsa².

Banyak syarikat² swasta dan badan kerajaan menghantar petugas/ sukarelawan bagi membantu mangsa² yang terlibat. Senari seperti berikut.

1. Tentera
2. Rela
3. Polis
4. JPA
5. Bomba
6. Jab. Kesihatan
7. Majlis Perbandaran Sungai Petani
8. Persatuan Bulan Sabit Merah
9. JKR
10. Jab. Kebajikan Masyarakat
11. Pendidikan (Kaunseling)
12. Medical Army
13. Bomba Sukarela
14. JPA (3) Perak
15. MIMOS Berhad