Monday, January 10, 2005

Kawasan bencana seperti tapak PESTA

07/01/05 (Jumaat)

Jika disini Jumaat dan Sabtu adalah seperti hari Sabtu dan Ahad jika di Kuala Lumpur. Sukar untuk ditafsirkan. Mengapa sesetengah pihak mempuyai sifat yang agak kurang menyenangkan penduduk setempat. Seolah tak punyai fikiran yang waras. Secara tidak langsung KKM kini menjadi satu lagi tempat perlancungan baru dinegara ini. Tapak bencana yang dibanjiri oleh ratusan kereta dan pengunjung yang rata² hanya datang untuk bercuti dan mengambil gambar. Lebih menyedihkan lagi mereka beramai-ramai hanya datang bersiar-siar daripada datang untuk membantu para sukarelawan yang sedang bersungguh-sungguh membantu mangsa menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Kehadiran mereka ini cukup memilukan hati mangsa-mangsa disini. Dengan berpakaian cantik, bagaimana harus untuk menjebakkan diri dengan selut dan lumpur...? Bergelumang dengan bau yang cukup meloyakan..?

Berduyun-duyun bas rombongan datang ke tapak bencana. Sehingga pihak Polis, Tentera dan Rela terpaksa menahan kenderaan yang terus-terusan membanjiri tapak bencana. Sekatan jalan terpaksa dilakukan di pintu masuk Kg. Tepi Sungai dan Kg. Pulau Sayak. Pengunjung yang kelihatan bangga berada disana sedikit pun tidak menunjukkan sikap-sikap simpati malah bergembira seoleh sedang berpesta bersuka-ria. Gerai-gerai makanan entah dari mana datangnya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Demi memenuhi permintaan pengunjung yang datang berkunjung di KKM.

Kini tapak bencana jadi tapak pesta, kesedihan mangsa ombak besar Tsunami langsung tidak dirasai pengunjung yang tiba. Mana hilang rasa simpati. Mana pergi keinsafan diri...