Renungan ku terpaku seketika dikoridor ini dan aku sedar bahawa aku masih lagi diperjalanan dan masih berlegar dipersimpangan dada dunia. Tercari-cari sesuatu yang abadi buat diri sendiri..
Pengembaraanku terhenti seketika, sempat kutoleh sebelumnya, begitu jauh sekali perjalanan ini...tanpa kuhirau pasang surutnya liku kehidupan demi mencari sesuatu kebebasan dan kedamaian..
Tuhanku,Hanya padaMu, tenangkan rajuk hatiku...biarkan senyumku terukir kembali dan kekal selamanya..Izinkan aku terus mengecapi kebahagiaan ini. Tetapkan dihatiku padanya dan teguhkan kasih yang bertahta dihati...
..apa akhirnya dan dimana sudahnya hanya Kau yang maha mengetahui..segalanya tercatat disana yang tidak boleh diubah sesiapa...Tuhanku, lindungilah aku seadanya, rahmati dirinya semahuMu, cucurilah rahmat keatasnya dan berilah kami segala kebaikan didunia maupun diakhirat kelak.....