Jika aku tiada..
Jika ku tiada, siapa yang akan memerhatikan dirimu sayangku
adakah kau akan terus selalu mengingatiku atau sebaliknya...
Jika ku tiada dimatamu, siapa yang akan memujuk rajukmu
walau terkadang aku buntu, namun hati ini sering ingin selalu bersamamu seadanya waktu..
Jika ku tiada disisimu, siapa yang akan membalas senyummu
mendengarkan rengekan hatimu yang saban waktu tidak menentu..
Jika ku tiada disini, siapa yang bakal menjengukmu bila kau perlu sepertimana seadanya kini....
Siapa yang akan membawa kuntuman mawar buatmu....yang baunya sering kau cium mengembalikan senyummu, hilangkan keresahan diriku....
Siapa seterusnya nanti....
Yang bersama menemanimu berimpian untuk bersama sepanjang zaman walau kita tahu bahawa Tuhan punyai ketetapannya..
Akhirnya...jika aku tiada kini, adakah aku bakal diziarahi dan adakah pusara nanti bakal disirami mawarmu atau aku bakal dilupakan selamanya....