Wednesday, December 31, 2003

perginya epiloq 2003..hadirnya lebaran 2004

Seperti tahun sebelumnya, aku sering sendiri di malam tahun baru. Hanya merehatkan diri sambil menantikan menjelangnya tahun baru...perginya 2003, terasa begitu pantas. Seperti baru semalam aku memulakan segalannya namun hari kini aku berhadapan dengan titik kesudahannya. Tahun yang terlalu banyak memberikan aku 1001 pengajaran dalam hidup.

Terlalu banyak yang dengan sendirinya tercatit dalam diari memoriku. Jika perlu dileraikan satu persatu rasanya sukar untukku terangkan kesemuanya...jadi biarlah ia disitu dan berlalu pergi dengan sendirinya..cuma pintaku apa sahaja yang tidak indah sebelumnya kan bertukar menjadi ceria ditahun baru ini.

Ingin kucorakkan corak permulaan permukaan tahun ini dengan epilog yang paling indah..dengan sesuatu yang agak menceriakan, dengan izin-Nya mudahan kebahagiaan ini berpanjangan dan berkekalan hendaknya. Biarkan indah epilog diriku kali ini.

Hanya tinggal beberapa minit lagi untuk aku menamatkan naskah epilog 2003, ingin ku ikat rapi agar ceritanya tidak menjenguk kembali..biar jadi tauladan dan sempadan. Hampir terlelap mata ini tika penaku rancak bermain kata, terdetik dihatiku "Syukurku pada Mu Illahi yang aku masih disini" aku masih bisa bersama yang lainnya.. Begitu besar kuasa-Mu walau terkadang aku melatah dengan takdirMu.

Ya Allah, berkatilah aku berkatilah semuanya dialam ini...."SELAMAT TAHUN BARU untuk semua terutama zL's"