Saturday, February 10, 2018

Nagging

Lama aku tak update blogs ni .. bukan lupa tapi aku cuba hadap semuanya dengan cara aku sendiri tapi hakikatnya aku taklah sekuat mana yang aku sangka. Rasanya macam sekejap sangat masa pergi, pejam celik tahun ni aku dah 40tahun!!!! Hampir setengah abad rasanya aku hidup, banyak benda aku lalui selama tu. Suka duka entah macam-macam ada but aku still survived, Alhamdullilah syukur walaupun ada aku diatas dan ada masa aku dibawah. Lalui hari esok dan seterusnya dengan impian yang tak pernah padam dalam diri. 

3hari lepas dalam perjalanan balik dari KL ke office, lengan kanan aku tiba-tiba sakit. Aku sedia maklum punca sakit lengan aku tapi for the first time aku kena attacked waktu siang. All this while aku hanya sakit lewat malam atau pun pagi, kesakitan yang akan berlarutan selama 3-4jam tapi lepas makan ubat things will back to normal. Berlainan sangat kali ni, since hari tu aku dapat rasakan sakit pada lengan aku statik tak macam selalu. Aku dah tak boleh gerakkan tangan sesuka hati yang pasti agak mengganggu aktiviti harian aku. Aku jadi buntu sebenarnya, puas aku dapatkan advice sana sini tapi semua jawapan yang aku dapat tetap sama. Kebenarannya aku seakan give up, makanan aku ubat dan krim sapu untuk legakan kesakitan aku yang alami. Hanya itu rutin harian aku tiap-tiap malam, bandage bukan lagi asing buat aku. Ubat-ubatan dan krim sapu sentiasa tersedia ditepi meja katil dan depan tv saat aku perlukan. 

Ada masa aku rasa macam ada benda berat yang melekat pada lengan yang membuatkan aku rasa sakit dan lenguh sepanjang masa. Paling mengerikan aku dapat rasakan seolah lengan aku dipulas-pulas macam orang perah tuala basah. Keadaan ini berlanjutan hingga hari ni, kekal sakit dan tak ada ciri-ciri berkurangan. 

Aku penat sebenarnya dengan benda ni semua, aku tak boleh lakukan kerja-kerja lasak atau kerja rumah. Semuanya agak terbatas tapi aku takde pilihan memandangkan aku tinggal sendiri. Memang  aku cuba untuk biasalan diri dengan kesakitan ni tapi ada masa aku kurang daya untuk melawan.  Masa begini aku teringin ada keluarga yang jaga aku tapi tu semua tak kan terjadi, aku sedar tu semua. Sukar untuk aku yakinkan pada sesiapa apa yang aku sedang hadapi sebab tak nampak dengan mata kasar atau lebam pada lengan aku. Mungkin orang akan ingat aku sengaja adakan cerita untuk menagih simpati tapi sengasara kesakitan yang ada hanya Allah saja yang tahu. Juan disudut hat Aku, Aku idamkan kehidupan macam orang lain. Tak guna anu ada semana yang Aku da tapi hakikatnya Saku serba kekurangan.

Hujung minggu, aku banyak habiskan masa hanya kat rumah dengan lengan yang berbalut dengan bandage bagi melegakan sakit. Baring duduk depan tv sepanjang hari. Esok masih belum pasti lagi.. entah berapa lama lagi aku boleh terus bertahan macam ni. Ada masa aku sendiri jadi jemu mengadap ubat hari-hari, walaupun doktor sendiri pernah cakap sampai masa sakit pada tulang lengan aku akan hilang sendiri cuma makan masa yang dia sendiri pun tak pasti bila.