Tuesday, October 03, 2017

terima kasih Allah

Tak perlu aku pertikaikan lagi kebesaran Allah, sesungguhnya hanya dia yang berkuasa menguasai segala yang ada kat dunia ini. Sekali lagi aku dihadiahkan dengan sesuatu yang cukup membahagiakan hati aku. Setiap dugaan yang diturunkan ada hikmahnya, mungkin dalam hal ini terjadi untuk mematangkan lagi diri dan belajar untuk lebih menghargai. Walaupun hati aku hampir lumpuh, perasaan seakan membatu tapi siapa aku untuk menepis takdir Allah...😔😇 

Awal 3pagi aku dah terjaga sebab perut aku meragam entah kenapa, silap makan kot...🤢 Aku tak boleh nak tido balik, senyum sorang² teringat apa jadi semalam. Alhamdullilah dapat jugak aku jumpa Pa dan Ma, kebetulan Pa warded so aku ambil peluang untuk menziarah keduanya dihospital. At least taklah aku rasa jangal nak jumpa dorang kalau gi rumah, rindu sebenarnya kat dorang ni. Lama tak jumpa, dari awal memang aku simpan niat agar aku tak terserempak dengan dia. Bukan sebab keras hati tapi hati aku dah takde rasa lagi macam tak boleh nak hande nak hadap semua ni. Tapi tu lah, nasib aku tak baik, aku bukak jer pintu bilik wad Pa aku nampak dia tercegat dalam bilik tu. Memang aku tak tengok langsung muka dia tapi aku tengok kaki dia, aku react macam takde apa² jadi walaupun payah untuk aku nak hadap semua ni. Aku cuba elakkan eye contact dengan dia, so far aku berjayalah sikit dengan cemerlang walaupun ada masa aku curi pandang dia.😒Yealah aku rindu kat dia sebenarnya, lama aku tak jumpa dia kan.😉 Tapi aku abaikan semua perasaan tu sebab niat aku nak datang tengok Pa pastu boleh jumpa Ma sekali. Dia keluar dari bilik Pa hantar kawan dia yang juga datang melawat so aku bebaslah untuk berbual dengan Pa & Ma. Lantak pi dia lah bukan datang nak jumpa dia...😏

Alhamdullilah Pa nampak makin sihat, makin rancak dia berbual tak henti macam lupa yang dia tu sakit. Selera pun makin pulih, dah kembali makan macam biasa. Mudahan Pa cepat sembuh boleh balik rumah cepat dari duduk kat hospital tu. Sejam lebih jugak aku spent time kat hospital lagipun dah habis waktu kerjakan so aku takdelah nak rushing balik..bukan alasan ok...tapi niat.😕 

Settled semua aku pun mintak diri untuk balik memandangkan aku nak drive balik SA so betterlah aku gerak. Macam dia tahu masa aku nak balik, tetiba aku dapat msg dari dia, dia mintak aku buzz dia bila nak balik nanti...hrmmm dalam fikiran aku maybe dia nak marah aku sebab datang ziarah mak ngan ayah dia. Maybe lah kot...lantaklah kesah plak aku apa dia nak. 🤔🤔

Hampir 2bulan kot aku tak jumpa dia pastu dia nak jumpa plak...😐😐aduhhhhh apa plak lepas ni. Aku ikutkan ajer so dari sekejap jadi berjam² kami duduk berbual, banyak plak issue yang dibualkan. Dalam masa yang sama aku kena soal siasat macam², sampai aku terlupa tujuan aku datang sini.😣 Macam kena jampi plak aku tetiba.... kena pukau dengan dia ni, aku tahu dia pun rindu kat aku jugak tapi eksyen lebih. 😶😶Rasa macam nak pukul dia ni kuat² atas apa yang dia dah buat pastu campak masuk hospital sampai xleh nak gerak, pastu aku boleh jumpa dia hari² buli dia sampai dia pengsan....macam dia cakap kat aku pusing² muka ni lagi... nasiblah nak buat macam mana... ! hrmmm the conclusion is rindu ni buat aku tewas teruk sangat teruk... lagi teruk dari kalah dalam F1!!! Lagi teruk dari kalah games worldcup or semua bendalah ... okay aku tak mampu nak tipu diri aku sendiri sebenarnya dia ni ada nyorok dalam hati aku lagi sebenarnya ...😖😖😖😖
Post a Comment