Hrmmmm... okay aku tak jadi kawin semalam. Hakikatnya aku lebih tenang hari ni, walaupun semalam tak seperti yang dirancangkan. Pelbagai rasa bercampur aduk tapi yang pasti semua dah over. Semua pakat diam tak bersuara macam all time malaikat lalu. Aku pilih cara aku, apa yang terjadi bukan berpunca dari aku. Setidaknya aku dah cuba untuk penuhi impian family aku. Ibarat baru balik bercuti dari tempat yang paling panas dalam dunia, tak ada apa yang menarik untiuk diingatkan kembali kecuali menjadi kenangan.
Aku langsung tak rasa apa², aku tak sedih atas apa yang dah terjadi, aku tak rasa kecewa jauh sekali menyimpan dendam. Yealah aku buat pun tak sepenuh hati, bukan aku nak kawin pun. Redha tapi bukan terpaksa. Hati aku seakan mati, hilang semua rasa, ramai ahli keluarga yang hantar msg bertanya itu ini. Terus terang aku katakan aku tak berminat nak jawap semua tu, benda dah jadi apa lagi nak disoalkan. Pandai² la buat kesimpulan sendiri. I'm done! Yang aku tahu aku perlukan rehat dan tidur yang cukup, sebab tidur adalah sesuatu yang paling indah buat masa sekarang. Lately memang aku banyak berjaga waktu malam dan susah untuk aku lelapkan mata. Berat badan makin menurun, makan aku jadi tak menentu, dapur kat rumah dah lama tak berasap. Sampaikan nak pergi beli grocery pun aku jadi malas. Aku jadi hilang minat dengan semua tu, tak macam dulu.
Msg kat telefon aku terus berpusu² tapi aku tak endahkan, lagipun aku tak boleh nak buat apa² lagi. Dah selesai pun semuanya cuma dengan cara yang agak berbeza, lagipun bukan aku yang batalkan semuanya. Yang peliknya, kenapa nak msg aku bertubi² mintak maaf?? Sendiri yang buat keputusan lepas tu baru rasa nak menyesal. Senang betul hidup macam tu, macam beli burger McD jer. Mungkin belah lelaki lupa kot aku dan keluarga aku ada maruah, bukan senang² macam tu jer nak tarik balik keputusan yang kau sendiri dah buat kemudian nak aturkan balik pernikahan yang dah tak jadi tu. Itu memang lawak of the year! Mati hidup semula pun aku tak kan setuju balik, thanks but no thank. Aku rela tak kawin sampai bebila.
Semangat aku makin hilang, sama sekali bukan sebab apa yang dah terjadi semalam. Sebenarnya dah dekat seminggu sakit pada lengan kanan aku tak hilang² rasa sakit makin kuat tapi static, sikit sebanyak mengganggu pergerakkan. Tiap malam aku terpaksa gunakan bantal sebagai alas lengan kalau tak memang susah untuk aku tidur. Lately rasa sakit menular hingga ke bahu sampai ke leher, jadi pergerakkan semasa tidur memang kurang selesa dan sakit.
Aku dah penat makan ubat hari², berulang ke klinik ambil injections kalau terlalu sakit. Jaminan doctor pakar dari DEMC agak kurang menyakinkan, memang langsung tak convincing. Mana mungkin tumor dalam tulang boleh hilang sendiri sedangkan rasa sakit tu masih ada.
Aku memanglah bukan doctor tapi kalau ikut logik akal setiap kesakitan tu mesti ada punca, paling teruk tiap kali batuk aku dapat rasakan sakit pada lengan aku. Aku dapat rasakan lengan aku macam ditekan² dengan kuat tak ubah macam ada benda berat menghempap lengan ni. Aku tak tahu macam mana nak describe rasa tu tapi macam tu la rasanya sekarang ni. Nak pegang phone lelama pun aku rasa sakit, rasa macam phone ni heavy sangat. So stop sini dulu nanti sambung lagi.... xoxo
Terima kasih Allah, hadirkan dia dalam mimpi aku pagi tadi... Al-Fatihah buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan sahabat handai, juga buat mereka yang pernah menghuni hati aku dan yang telah pergi mengadap Illahi sesungguhnya kalian masih kekal hidup dalam hati aku untuk aku teruskan hidup. Moga kita terus diberkati dan dipelihara dunia dan akhirat nanti. ameeen.