Why why why me!.......hahaha entry ini sama sekali tidak ada kaitan dengan perasaan dalaman atau luaran, jauh sekali punya kaitan dengan hati, jiwa dan sanubari. Baik yang telah hidup ataupun yang telah pun mati. Entry khas pelepasan rasa KETIDAKPUASANHATIAN (<-- ada ke ayat ni???) dengan diri aku sendiri. Hahaha aaaaarrghh lantak lah kan yang penting faham dan sampai maksud yang ingin aku sampaikan. Actually lama sudah aku perhatikan aku telitikan dan aku amati, semakin lama semakin menjadi pulak perangai yang aku agak kurang gemar ni. Perangai perut yang terlalu manja! Yeaaaaa benar sangat benar! Karenah perut yang teramaaaaaaaatlah manja....sampai aku naik lemas! Macam biasa aku punya sebab untuk setiap yang aku tuliskan, tak mungkin tak punya message disetiap entry kat sini walaupun hanya entry sengal hhhaha...
Okay enough mukadimah, back to jalan cerita tadi. Disini sessi mengadu sendu pun bermula.....
Aku sememangnya kurang faham sejak kecik hinggalah aku dah besar panjang gini...dari dibelai ibu hinggalah tinggal sendiri. Penyakit ini memang gagal aku ubati lagi walaupun aku rasa kian kronik. Kejadian pagi ni membuatkan aku rasa nak share kat sini, manalah tahu kan kot ada buah fikiran yang bernas yang boleh membantu aku untuk mengatasi masalah kroni aku ni. Shean aku weyhh.....
Masa tinggal dengan ibu..
Semua makan pakai siap disediakan tak perlu nak fikir mana nak cari makanan mana nak basuh baju etc. Semuanya terjaga dengan rapi dan amat organize sekali. Begituah hebatnya menjadi seorang ibu yang berjaya menjadinya semua disekelilingnya selesa dan dijaga dengan penuh kasih sayang hingga tiada cacat celanya..Hinggalah aku jadi manusia hari ini..tapi bukan itu cerita entry ini sebenarnya :p
Tetapi....
Semuanya berubah dan kian ketara. Bila dah tinggal sendiri, stock makanan segera of cos lah mesti ada kan. Semuanya harus pantas cepat dan segera. Bagi aku senang ajer, sebab aku tak banyak karenah bab makan ni, makan ikut sunnah Nabi S.A.W, makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Tapi aku tetap gak punya penyakit kroni ni walaupun aku berhenti sebelum kenyang. Pagi ni, oleh kerana nak mudah dan segera aku putuskan untuk buat maggi goreng + telur = hasilnya biasa ajer tak ada yang istimewa mana pun sebab dah lapar sangat. Cuma yang buat aku geram lepas makan tak lebih dari 10min mesti aku akan sakit perut nak membuang..hrrrmmmm hahah sorry agak kurang sopan sikit entry ni, alah macam lah korang pun tak memberry kan....
Bukan itu ajer...aku juga tak boleh makan any kind of instant food macam dalam gambar kat bawah ini. Walaupun kadang tu aku teringin nak makan aku makan ajer tapi risikonya lepas tu pasti aku akan ada appointment dengan toilet. Apa dan kenapa eyh..?? jadi gini.... mungkinkah kerana perut aku ini terlalu mengada-ngada or terlalu manja nak makan makanan yang well cooked ajer. Hrmmm siapa nak buatkan....bukannya ada maid pun + tinggal pun sendiri takkan nak masak pelbagai kot.......Haiiiishhh......serious aku give-up..
Diantara makanan yang seharusnya aku blacklist tapi kadang aku makan gak...
1. Mixed Vege - Macam mana nak avoid sebab Nasi Goreng Cina salu bubuh menatang ni...
2. Instant Karipap - Favorite sebenarnya karipap tapi mana nak cari karipap kampung kan....
3. Maggi Mee - Aku bet semua orang ada stock maggi kat umah kan....so perlu aku nak komen banyak..
4. Nuggets - Haaaaaaaaa tapi nape bebudak kecik makan tak sakit perut pun tapi bila aku makan sakit..
5. Instant Pizza - Dammittt! Langsung tak boleh blah! Pizza ngan Dominos ajer lah gantinya..
6. Black Pepper - Any kind of Black Pepper steak! Haaaaaaa aku hanya boleh tengok ajer...
Kesimpulan:
Takde kesimpulan sebenarnya untuk masalah kroni aku sehingga kini cuma dalam banyak list diatas yang telah aku haramkan masuk dalam perut aku adalah semua makanan yang ada perasa black pepper dan mixed vege sememangnya tidaklah sesuai sama sekali dengan perut aku walaupun hanya secubit rasa...Aku tahu makanan ini meracam aku tapi aku juga terancam kalau dah laparr.....macam mana tu? ada sesiapa tahu ke kenapa fenomena ini melanda perut aku...?
Sekian liputan terus dari pinggiran perut yang sedang asyik meragam sengal a.k.a mengadu +ngegada jarak jauh untuk orang yang jauh..
Sumber Gambar: Google's Storage
