Sunday, March 18, 2012

....bermain bahasa jiwa

....Malam minggu yang sebu...
Sedang yang lain mungkin asyik mencucuk langit, dibelai terus dalam pelukan si-syaitan dan leka dalam kucupan yang menyesatkan, aku tersandar tersebu sendiri. Pandang kini pandang kanan, apa lagi kurang disekeliling aku? Samar, sunyi.... seakan mati sudah seluruh isi alam tetika ini. Hilang semua bunyi yang biasa menyesakkan telinga aku yang tinggal hanya bunyi aku menaip sendiri.....sunyi betul malam minggu ni. Mungkin hanya pada aku, padahal yang lain sedang asyik menahan gegendang telinga menahan muzik yang kuat  diluar sana atau apa saja mungkin. Sesekali jari terhenti dari menaip dan mengusap muka seolah cuba menolak segala semak yang seakan mengoda. Arrrrrghhhhh apa lagi sebenarnya? Sendiri mengadap lappy, aku tenung seolah berjuta bait kata yang datang menerjah wajah. Hanya datang menyapa berpusuan tapi bukan untuk pertapaan. Ingin aku kumpulkan semuanya menjadi satu, aku tak mampu! seakan ada tapi bila dicapai hilang semua. Ibarat mencekup gumpalan awan, jelas tapi hilang.

...Bicara aku tanpa acara..
Lekakah aku sebenarnya..? atau aku hilang segala punca...? Punca..? menggaru kepala yang tidak gatal,  melirik mata menyusun setiap puzzle rasa lalu aku aturkan disini. Entah apa jadinya nanti, sebab aku sendiri pun seakan terapung sendiri disini. Apa lagi mahumu hati...? Jangan nanti kering melayan kerenah sendiri! Jam hampir 3pagi, aku masih tak sedarkan diri berjaga sorang diri. Aku buntu.......tak faham apa lagi mahu isi hati..? Segalanya telah diberkati, tapi serasa ada lagi yang belum mencukupi yang aku tak pasti.

Dimana salahnya lagi....
Mungkinkah diulangi lagi menelitian hati..? atau kurangnya kematangan diri. Entah................yang pasti aku tahu ada yang mengerti. Dan bukannya sebab segulung mee meggi!

Mood: Berangan sendiri....