Friday, November 25, 2011

...mencari diri sendiri katanyeeeerrr

Selamat petang wahai seluruh isi alam! Selamat petang wahai beburung yang berterbangan! Bangunlah dan longgarkanlah segala urat sarafmu yang sengaja kau kejangkan kerana hari kian memanggilmu untuk pulang. Sudah petang, terang bakal hilang sebelum malam menjelang. Siapkan dirimu, malam ini kita bersama mengira bintang, itu pun kalau ada bintang hehehe...

Hari yang kurang memberangsangkan minda & nafsu aku. Kertas² kerja yang berselerakkan atas meja sengaja aku biarkan berlambak, biar kononnya aku nampak macam semak. Walhal aku tengah buat benda lain hahaha...tick² tock² cepat betul masa berlalu kan, tup² dah pun hampir hujung bulan November, tinggal tak lama ajer lagi menjelang 2012! Haaaaaaaaa yea New Year is coming up! Skip² dulu ni bukan cerita New Year, cerita NY simpan sampai hujung tahun nanti. Inshallah.. 

Actually nak cerita soal lain, pernah tak kamu² semua buat benda sengal macam yang aku buat ni, benda ni tercetus kerana tahap kesengalan hari ni rasa macam melebihi thermometer. Mencecah tahap maksima! Terkeluar dari had yang sepatutnya, apa aja yang berkaitan dengan diri aku hari ni semua lari dari schedules. Apa sudah jadi ni? Haiiiiiiiisssh ada gangguan dalaman yang menggegarkan focus aku ni! Gangguan minda yang melayangkan aku hingga aku cuba mencari diri sendiri katanyeeeer...  

Membongkah isi alam maya, inilah hasilnya, hahahaahha =)) kedudukan carta! YESSSSSSzaaaa! aku yang masih belum diganggu gugat lagi hingga hari ini. Inilah sebab utama kenapa aku masih tidak mahu mendapatkan domain atas nama sendiri, walaupun dah 8tahun aku memblogging! Tapi perlu ker domain sendiri? Aku bukan berniaga kat sini hahahah kaaaan =)) Aku tak punya produk dan aku tak perlukan profit. Aku hanya perlukan modal idea yang lahir dari kota fikiran aku sendiri. Fresh & Clear! Breezing & Freezing lagi hahahah...Tanpa domain pun aku boleh kekal teratas walaupun tak sehebat mana kaaaan ...hehehe Lady Gaga pun tak tentu boleh rampas kedudukan aku dalam carta ni heheh...bertuah nama ch000tz ni sebenarnya hahaha kata arwah atuk aku lah kaaaan. Tapi mungkin betul kot kata² tu :p kui3 ...Keserasian nama ni dengan aku..? memang tidak dinafikan sama sekali! Mana tahu satu hari nanti, benar wujud seorang hamba Allah yang aku namanya Chotz Axoera! Mungkin!  click LIKE kat sini.. 

Okaylah saja nak meraban sebelum aku balik rumah, tadi macam membuak² tak sabar nak balik rumah! Ngalahkan  orang ada laki tunggu kat rumah tu, tup² kang aku sorang ajer pun  kat rumah. Sanggap! Okay korang² semua, aku perlihatkan pada korang carta yang aku maksudkan tadi. hehehehe jangan jelessss :p Sekian tata²