R u there peeeeeeeepz..? How are you guys today eyh..? Ada sihat kaaaa? Tengah buat apa tu..? keje ke? MC ke? or sengalan? Mournday blues katanyeeeer kan... Confirm semua dalam mood malas dalam sengal. But what to do kan , that's life yang perlu kita tempuh hari². Take it or leave it, terpaksa buat jugak walau dengan hati yang membengkak sebab kita semua kuli batak so KENA KERJA UNTUK TERUSANKAN HIDUP, BUKAN HIDUP UNTUK KERJA ATAU DIKERJAKAN!. Dengan harapan moga kita semua dibekalkan kekuatan dalam diri sabar menempuhi segala halangan hari ini dan hari² mendatang. Inshallah...
Hrmmmmmm.... semalam sebaik saja melepaskan entry yang terakhir disini, baru aku perasan aku jarang buat entry pasal ulangtahun blog aku sendiri hehehe.....salu terlepas pandang, was busy monkeying around and missed it. Dammit betul! Dalam diam sebenarnya dah 8 tahun blogs aku berkecimpung dalam kancah dunia blogging yang melekakan ini. From 1 server to another server and ending kat sini. Dari zaman Danchan server terus ke Blogspot, terus kekal berakar kat sini. Lama betul kan! Macam tak percaya selama itu, kalau dulu aku hanya akan menulis bila aku rasa perlu tempat mengadu. Mengadu sendiri tanpa siapa pun yang tahu dan meluahkan segala rasa yang menyebu, mencairkan hati yang ada kala membeku. Berbeza dengan sekarang, kini aku kembali disini menulis dan menulis lagi, semahu hati untuk aku melepaskan segala rindu yang belum pernah kunjung jemu. Teringat kata dari seorang teman yang pernah mengaku secara terbuka mengikuti blog ini secara diam². Hrrrrmmmm ...
Katanyaaa... aku menulis bila hati aku sedih, aku hilang bila hati aku girang..."
Hrmmmmmm mungkin ada benar jugak kata² dia tu. Sememangnya aku akui..! Tapi sejak akhir² ni aku sendiri yang mengakhiri konsep blog yang sedemikian rupa. Aku tidak mahu hanya menulis kala jiwa kosong, aku tidak mahu blogging tika hati 'hanging' lagi. Aku ingin terus menulis untuk aku lepaskan semua rasa sesak rindu & rajuk dihati. Kerana aku tahu......jauh disatu sudut sana ada 'MATA YANG TAK PERNAH JEMU BERTAMU DAN ADA HATI YANG SERING CEMBURUKAN RINDU.." Hanya ini pengubat rindumu sampai tiba kita bertemu...
Untuk makluman, blog ini ditubuhkan secara rasminya pada 5 Oktober 2003 lagi, kalau kahwin dah beranak-pinak dah rasanya. Bila aku belek² semula satu per satu entry² yang lepas macam tak percaya yang aku mampu menulis sebanyak itu. Sehinggakan ada yang aku sendiri tak ingat langsung cerita disebalik yang tersirat pada setiap entry tersebut. Disini tersimpan seribu satu rasa, gelak tawa bercampur aduk semuanya. Tapi yang jelas, dari cara penulisan dan manyampaiannya terlalu banyak perbezaanya dari dulu hingga hari ini. So aku taknak cerita panjang lagi...disini aku dengan rasa terharu ala touching sikit ingin meraikan dengan semua bloggies disini ulangtahun blog aku sendiri heheh :D yeaaaaayyy! Lapan tawun oredy!! korang plak macam mana? Berapa dah usia blog korang eyh..? cuba amik ruler pastu ukur sat :D
"HAPPY BELATED 8TH BUFFDAY C'AXOERA's BLOG"

