Sunday, November 20, 2011

..Contest Blogger Idol by Achie & Eyda...!

Haaaaaaaaaaiiiiiiissssssssssh berani sungguh dak daybot AZAT ni ngeTag aku memalam gini kan...! Berdaulat nanti weeeeyh kalau silap haribulan hehehe...Kamooo sudah melewati kawasan larangan dewa-dewi halimunan ni. Heheheh Sudahlah aku terlebih rajin hari ni sampai ada 3entry aku buat hahahah nampak gaya bertambah 1 lagi =)) Baiklah, dengan ini beta Ch000tz Axoera dengan berbesar hati mencemar duli menyahut cabaran Tagging-MenTangging kali ini! Jangan nanti ada yang berkata beta takut akan cabaran, tak mungkin wujud beta disini tanpa sebarang bicara. Jangan punya kata nestapa yang bisa mengundang murka dihati beta. Hahahahahaaaaa Ayuhhhh kita mulakan....

Salam sejahtera pembuka bicara buat kedua pengelola utama ACHIE EYDA yang menjadi punca segala. Beta persembahkan buat tatapan tuan hamba berdua.

1. BLOGGER IDOL PILIHAN BETA
Untuk pengenalan ringkas, laman halimunan ini telah ditubuhkan pada 5 Oktober 2005. Ini bermakna tapak ini sudah pun berusia 8tahun diarena maya ini. Beta tidak punya Idol sejak dari mula menjejakkan diri dikancah blogger ini, ini kerana beta punya minat yang tersendiri. Yeaaaaa minat bermain dengan kata2 yang bisa menghiburkan jiwa beta. 

2. MATLAMAT MASA PENDEK DAN MASA PANJANG DALAM BLOG
Laman halimunan bicara ini sama sekali tidak punya sebarang matlamat masa pendek tetapi beta ingin mengabadikan halaman ini selama mana yang bisa sebagai satu tempat untuk beta berbicara sesuka hati beta. Kerana itu yang beta suka membebel tanpa suara, turuti desakan jiwa. Walaupun pengikut beta tidak seberapa namun ini sedikit pun tidak melemahkan semangat beta untuk terus kekal disini. Seribu penghargaan pada semua mereka yang rela menobatkan diri dihalaman beta ini.

Sebelumnya beta mengakhiri bicara beta dan sebagai memenuhi syarat pengelola utama, disini dengan bangganya beta ngeTag 2 orang iaitu Afzalsukasuki & AienNotAlien mereka adalah penjajah yang terpaling terhebat dimaya ini yang beta rasa cukup berkaliber sekali. So kamoooo2 penjajah terhebat! Ini buat kamoooo. Hahahah sekian mekasih :p