Once upon a time back in the mid of 2009(sound like buku citer bedtime story plak hehe) masa mula² aku menjebakkan diri dengan Facebook. Permulaan yang tidak dan kurang memberangsangkan sangat sehingga sampai satu ketika awal tahun 2010 dimana aku terdedah dengan pelbagai features di Facebook yang membolehkan aku diletakkan dalam kategori Facebookholic! Ini mungkin terjadi kerana aku terlalu banyak masa berhadapan dengan komputer dan secara tidak langsung juga memberi aku peluang untuk bersosial dengan kawan² hanya dihujung jari sambil aku menjalankan tugas harian. Tabiat dan ketagihan ini semakin menjadi² setelah aku terjebak dengan Social Games yang terdapat di Facebook. Tika itu aku, Facebook dan Social Games memang tidak dapat dipisahkan! Pagi petang siang malam hanya itu saja yang aku tahu. Hingga balik kampung pun aku akan pastikan semua gadgets aku boleh berfungsi dengan baik sebelumnya tiba ditempat yang aku tujui. Committed dengan semua Games yang aku main membuatkan aku terus leka dan tidak pedulikan apa pun lagi. Sesungguhnya Facebook memang menjadikan aku seumpama 'Taik'! nasib baik belum sempat busuk lagi!
Aku rasa semua tahu apa itu Zygga, diantara satu portal Social Games yang terbesar didunia Facebook dan aku adalah salah seorang dari pengikut Zygga dari ribuan juta pengikut fanatik dari seluruh dunia. Tiada batasan melayari Facebook hari demi hari membuatkan aku terus leka dan sehingga satu tahap aku ibarat tidak lagi perlu “real-friends” dalam kehidupan harian aku. Hari² setiap saat setiap masa tidak mengira waktu, Facebook seolah menjadi teman setia aku tak kira dimana pun aku berada. Aku hanya ‘idle’ bila aku tidur, selebihnya tiada satu sebab untuk aku tidak online.
Kecanggihan teknologi masa kini terlalu melekakan, kehadiran ‘smartphone’ dengan pelbagai applications lain termasuk Facebook mendorong aku menjadi lebih aktif lagi untuk tidak lekang dengan kehidupan social secara virtual. Dengan kombinasi application seperti poke, wall post, photos, videos, tagging dan live newsfeed ini lebih merangsang aku untuk terus berhubung dengan rakan² secara virtual in live time dari seluruh dunia. Apa yang boleh aku katakan disini Facebook benar² menguasai alam virtual hari ini dan jumlah pengikut Facebook akan bertambah dari hari ke hari dan ini mungkin akan berterusan hingga dekad akan datang.
Tapi itu hanya sebahagian episod yang pernah mewarnai kehidupan aku satu ketika dahalu. Semuanya telah pun lama aku tinggalkan pergi, Alhamdullilah, hari ini aku disini TANPA akaun Facebook lagi. Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk aku meninggalkan sesuatu yang selama ini pernah menjadi rutin harian aku sebab semuanya tidak mendatangkan sebarang hasil pun. Aku mampu lakukan, kerana aku percaya dimana ada kemahuan disitu punya jalan. Aku tidak mahu berakar dirumah hanya melayari Facebook dan Social Games lagi. Tanpa sebarang masalah pun yang timbul, akhirnya dengan rasmi aku meninggalkan dunia Facebook dan Social Games dengannya begitu sahaja. Dan aku kembali disini dengan hati yang cukup tenang dan happy! Aku percaya, bukan aku seorang sahaja yang ternah terjerumus tapi masih ramai lagi dan mungkin ada juga rakan bloggers yang masih belum sedar. SEBELUM TEPU BERTUKAR SEBU, PADAH MENJADI BARAH, GUNDAH SEAKAN GIAN DADAH, ADA LEBIH BAIK AKU BERALAH SEBELUM AKU TENGADAH!
Untuk kamooooo² semua diluar sana, jangan ditanya lagi pasal Facebook dengan aku sebab sememangnya AKU CHOOOTZ AXOERA TIDAK ADA FACEBOOK, dia ada blog ajer! Sekian Terima Kasih ;]