Monday, October 10, 2011

...merejam jiwa yang rapuh!

Ceciter Medan masih belum habis dilewati, mungkin akan disambung lagi esok. Inshallah! Seharusnya sudah tiba waktunya untuk aku tidur tapi aku nga mampu untuk melelap mata walaupun sebenarnya aku keletihan dan sedikit penat hari ni. Terlalu banyak yang bermain dikotak fikiran, aku kepingin dia, aku inginkan dia, aku mahu bahagia, aku mahu segalanya....segalanya yang aku mahukan.  Walau pun aku sedar aku tak punya upaya untuk memiliki semua. Mungkinkah  kami punya sama rasa...? nga tahu! Mungkin dalam sedar sebenarnya aku punya penyakit hati. Hati yang tidak pernah berhenti berbicara sendiri, hati yang tidak pernah bosan merindui, hati yang tak serik2 merejam diri. Hati yang ingin cuba dan mencuba lagi. Dan akhirnya aku yang sakit sendiri! Mana mungkin aku menyesali, cuma aku seolah terkilan sendiri bila terpaksa merelakan diri merejam dan mengasari hati yang sedang asyik merindu sendiri. Aku tak pasti apa lagi selepas ini..yang benar aku seolah sendiri lagi.

Maaf...
Mungkin aku tidak sehebat si-bidadari, yang lembut membelai hati
Mungkin aku tidak seindah permaisuri, yang bisa meluruhkan sanubari
Mungkin aku tidak seperti dia yang pernah bertahta dihati, yang mampu menguasai
Mungkin aku ditakdirkan begini, yang tidak akan mungkin lelah berbicara sendiri

Semuanya mungkin...jika aku mengerti


 ch000tz: atau mungkin sememangnya aku ditakdirkan untuk sendiri...melewati sisa bahagia yang ditinggal pergi, aku tak punya jawaban yang pasti..