Monday, October 10, 2011

..melayang jauh

Photobucket
Medan Medan Medan! Masih segar pasal Medan yang pasti memberi aku seribu satu cerita yang tak mungkin akan hilang dari ingatan. Aku rasa macam nak jerit pun ada pasal Medan ni. Dalam hati aku penuh dengan pelbagai rasa geram bercampur-aduk, hrmmm susah untuk ditafsirkan dengan kata2 tapi hati aku sebenarnya masih sober! Bukan sebab Kota Medan yang buat hati aku sober tapi keadaan sekeliling sebelumnya yang membuatkan aku seakan hilang semua nafsu. Kalaulah boleh aku format, nak format ajer semua dalam kepala, hati dan apa ajer yang ada kat badan ni....biar aku transform jadi Megatron! Kasi hantam aja apa yang boleh dan depan mata. Tapi walaupun Megatron2 aku pun, ada gak sifat terpendam Cinderella aku yang orang tak tahu. Biar menjadi rahasia..cuma aku dan dia ajer yang tahu betapa KeMegaTronan dan KeCinderellan aku ni...tapi kadang2 dari Cinderella aku bisa bertukar menjadi kucing yang shy2...kalau kena dengan caranyalah kan bukan hanya dengan kasi makan Friskies ajer..tak jalan punya!

Tak lama pun diMedan tapi banyak gak benda2 yang aku pelajari diantaranya sejarah kehidupan orang Batak kisah orang makan orang yang amat digeruni sehingga kini, yang tak tahu cerita mungkin itulah tanggapan pada orang Batak  tetapi itu sebenarnya hanyalah sejarah dulu2. Bahasa, aku memang suka bahasa Indon, entah nga tahu sebabnya, mungkin karna aku juga bertutur dalam bahasa baku yang terkadang menjadi ejekan rakan2 sekelilingku. Nga apa2 deh! Ok aja kan. Kepercayaan dan Adat, seperti kita juga di Malaysia punya kepercayaan dan adat tersendiri. Jadi seharusnya kita menghormati sesama sendiri. Bukan sibuk ingin tahu tapi tak salahkan menambahkan lagi pengetahuan diri.  Bukan rugi apa pun, tersangatlah sesuai dengan aku yang teramatlah suka bertanya dan ingin tahu itu dan ini tanpa kenal erti penat (kecuali time aku dah tidur berdengkur ajer). Kalau ada yang pergi ke Indonesia nanti tak kira belah mana as long as Indonesia sila ambil perhatian pada setiap signboard2 yang ada, terutama di RM (Rumah Makan) yang diantaranya akan memaparkan samada B1 (Anjing) ataupun B2 (Babi) jangan main redah telan terus makan ajer. Agak2 sikit! dah makan baru sedar kan rasa sedap sebab benda2 yang tak seharusnya kita makan dan masuk pun dalam perut. Nak nyesal pastu memang lah takde makna dah sebab dah telan kan..

MEDAN a.k.a MASUK ENGKAU DALAM API NERAKA
Itu kata orang Medan sendiri, bukan aku. Seperti juga SUMUT BANK yang terdapat di serata Indonesia yang memberi makna Semua Urusan Mesti Uang Tunai! Kata mereka gak, bukan aku....Macam bapak2 Polisi - Pakai Otak Lihat Situasi hehe macam2 lagi lah shortform supeer aku ajar hehe katanya lagi, Hidup itu Mahal! jadi harus semuanya dengan uang! Ngak ada yang tidak bisa di Medan semuanya bisa! Hisap rokok dalam tempat aircond pun bisa! Ni aku like! Cuma satu aja yang nga bisa, curi bendera pilihan raya. hhahah sengal betul kan! Sebab berkali2 aku minta dia rembat bendera pilihanraya kat tepi jalan heheh. Katanya lagi,  jika yang kaya, kaya bangat, kalu yang meskin papa terus!

Ceciter Medan, tentunya tak lari dari topik makan. Makanan di Medan, sedap cuma masalahnya dorang ni memang jenis tak reti makan sesikit kot. Jenis kalau hidang sampai 5-6 jenis lauk. Yang pastinya takleh nak sumbat semua benda dalam tank aku ni. Nasib baik ada tour guide yang cukup peramah so tak perlulah pening kepala aku nak fikir nak makan kat mana and nak buat apa. So next meal aku yang tentukan apa aku nak makan dan berapa  lauk-pauk yang aku perlukan. Bangun pagi dia dah terpacak tunggu kat lobby, bangun lambat dia lah yang akan call bilik aku, dah ada itinerary follow ajer, cukup time makan. Settled! Cuma rezeki aku baik sebab bukan group trip so taklah mess up sangat nak tunggu orang or orang tunggu aku. Oklah continue lagi nanti, pics terpaksa ditampal2 sebab aku malas nak edit hehe so ...okay kot better thn nothing kan...

Mari ikut aku breakfast sambil tengok pemandangan Lake Toba yang sungguh shantek ni.. 
Photobucket


 ch000tz: hati seakan jauh tapi seolah tak sempat melayang..hrmmmmmm