Friday, September 23, 2011

Hari Sengal Setempat..

Hari ini seharusnya kerajaan Malaysia istiharkan "Hari Sengal Setempat" ini terhasil daripada setiap kejadian dan insiden yang terjadi 2-3hari lepas. Simptom kesentapan yang mencetus yang hampir tidak dapat dikawal amatlah mengundang sikap kesengalan yang amat mendalam sehinggakan terganggunya setiap pergerakan individu, situasi, persekitaran dan apa saja yang berkaitan menjadi teramatlah sengal.

Simptom sengal ini juga dipercayai masih belum dapat dipulihkan atau diubati oleh mana-mana pakar perubatan baik dalam dan diluar negera. Ketidakstabilan emosi dan pemikiran seseorang yang secara tidak langsung mengundang simptom dan menguasai diri sesorang. Ia juga dipercayai tercetus apabila seseorang individu secara tidak tersengaja atau yang terikat dengan rasa, perasaan atau apa sahaja yang melibatkan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau dalam bahasa yang mudah untuk difahami mereka akan "blur" maka tercetuslah sikap semulajadi kesengalan seseorang individu.

Namun begitu simptom sengal ini masih lagi dikategorikan pada tahap yang sederhana dan terkawal, juga tidak membahayakan diri sendiri ataupun orang disekelilingnya. Kebiasanya impak dari simptom ini akan dapat dirasakan oleh individu yang rapat atau yang sering berada bersama pengidap. Kesimpulannya, semua orang ada tahap kesengalan masing-masing bezanya kita tidah mengetahui bila dan bagaimana ianya tercetus, Tidak juga dinafikan kesengalan seseorang juga boleh menjadi senjata penarik pada mereka yang tidak sedar....sebab mereka yang mempunyai sikap sengal semulajadi ini mempunyai peminat yang tersendiri hehehhhe


 ch000tz: zaaaaaaasssssssssssssss.......katanyerlah kan kan kan......