Zz's is back..! Apa nak tulis yea...Hrrmmmmm...wat else i can say now? kat office task aku semakin bertambah² since aku masuk kerja after raya hari tu. Sebab²nya ialah kerana email ni....arrrghhhh!!!!
From: CEO@tempataku.keje.com
To: allstaff@tempataku.keje.com
Date: 31 Oct,2005 04:34PM
Subject: Ucapan Terima Kasih kepada Semua Warga (Tempat aku Kojer)
Kepada Semua Warga(Tempat aku Kojer)
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera
Pada hari ini saya menamatkan kontrak saya sebagai Presiden dan Ketua
Eksekutif(Tempat aku Kojer).Saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa
mulai 1 November 2005, Puan Lalala <---(Boss Aku), Naib Presiden bagi PC's Division akan menjalankan tugas Presiden dan Ketua Eksekutif. Saya yakin saudara-saudari akan memberi sokongan kepada beliau sama seperti yang telah diberikan kepada saya selama ini.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga(Tempat aku Kojer)atas segala bantuan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada diri saya serta semua ahli pengurusan. Apa jua kejayaan yang telah dicapai tentunya berhasil daripada sokongan padu dari anda semua. Sebagaimana saya sering sebutkan, pencapaian diri saya sendiri adalah hasil semangat berpasukan yang telah dibina di kalangan kita.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk memohon maaf sekiranya ada salah atau silap yang saya telah lakukan. Dalam menjalankan tugas mungkin saya telah melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan. Terimalah penjelasan saya bahawa ini tidak disengajakan dan tindakan itu semata-mata untuk kebaikan kita bersama.
Akhir sekali saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Sekian.
TMASaaaaaZz
CEO lama aku...
Emmmm apa cerita ni beb? Aduiiii.!!! Lepas jer semua staff dapat email ni, sekor² dok cal aku, text aku. Tanya tu ini. Arrgghhh manalah aku tahu, bukan aku yang decide. Badigol betullah diorg ni..!Yang aku pikirkan masa tu kerja aku makin lah berlambak SEBABnya orang yang menjalankan tukas CEO after this ialah BOSS aku..!!!! Jadi aku cara tak langsung akan terlibat sama gak..!(aduuuhhh garu kepala yang tak gatal aku masa tuh)
Kesimpulan dari kesemuanya, boss aku now menjalankan tugas Presiden dan Ketua Eksekutif Company and aku dia akan tarik jugak sebabnya akulah yang salu dealing ngan dia all this while,unless dia nak amik new sec so senang banyak lah hidup aku. TETAPI tu semua hanya igauan siangan aku semata, dia masih preferred aku yang jaga diary dia....Arrrrrrrrgghh..!!!!!!!!!!!!!! x dapat aku bayangkan betapa sibuknya aku pastu..Huuuhh...
Yea memang seperti yang aku jangkakan sebelum ni, aku memang sibuk giler.X tahu aku nak cakap camner. Balik umah aku penat, letih semua ada dalam otak aku ni. Aku rasa boss kering aku makin lama makin tinggal tulang ajer alamatnya. Dan aku, bertambahlah pening kepala. PA to CEO or Sec for CEO..???hrrrmmmm x ada maknanya kalau kerja aku berlambak..!!! dan memikirkan betapa boss aku ni cerewetnya untuk berhadapan ngan orang lain. Camner tu..sekali lagi aku garu kepala yang memang tak gatal ni. Wat gonna happn after this.....kita tunggu ok....
Sessi lepas apa yang terbuku dihati sampai disini saja buat tika ini, later aku sambung lagi. Aku dah gantuks, nak tidolahhhh esok tak kojer so aku nak rest cukup²...