X berkesempatan aku nak ucap selamat berpuasa kat semua tub² dah nak Hari Raya kan, untuk semua kengkawan Selamat Menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi. Aku dah start cuti nie raya tapi tak lah lama pon. 2hb force leave office aku tutup and 8hb aku dah masuk office cam biasa balik. Nak amik cuti lelama pon aperlah aku nak buat kan.Lately aku memang bz sgt², sampai tak sempat nak buat apa². Time ni saat ni, baju raya aku pon tak beli lagi. I meant baju kurung lah....hmmm nantilah aku fikirkan bila kala aku nak gi cari baju kurung utk raya. Untuk semua kengkawan aku nak menyusun 10jari memohon maaf dari hujung rambut sampailah hujung kaki jika ada salah silap/terkasar bahasa selama aku kat sini. Biasalah jari aku ni memang salunya rancak menaip sampaikan aku tak perasan kalau² ada bahasa aku yang menyinggung perasaan sesiapa yang mana aku sedar mahu pon tidak. Maaf aku pohon. Terima Kasih sebab tak boring² datang berkunjung kat blogs aku ni, walaupon lately ni jarang² aku update...time ni, aku tak leh nak tido lagi. Mata aku berat untuk lelap tak pasti kenapa...Aku cuma mampu berharap dalam suram,
Lebaran semakin dekat menjelang
Harapku lebaran ini akan memberi seribu pengertian
Dalam hati dalam sejarah diri
Biar hilang semua duka lalu
Biar ceria di pagi syawal syahdu
Walau hati kecil masih membeku
Rajuk hampir tawar hilang rasa
Rasa yang aku sendiri tidak selesa
Aku..
Pada ayah dan Ibu kupohonkan
Restui anakmu dalam menjalankan kehidupan ini
Biar aku terus bahagia dan bergembira
Biarkan wajah ini tidak lekang senyuman
Penuhkan harianku dengan gelak tawa gurauan
Kerana aku tahu restu darimu penting buatku
Sungguh pun ku sedar kau tidak akan disini selamanya
Begitu juga dengan diriku
Restumu kupohon ayah bonda
Untuk kehidupan yang lebih sempurna..
P/s: Ya Tuhan, panjanggkan umur Ayah dan Bondaku begitu jua untuk mereka yang mengenali diriku. Berkatilah semunya.. amen