Wednesday, July 20, 2005

"Saya Memang Terdesak"


PROGRAM REALITY TERBARU TV3 
(Sila click gambar untuk image yang lebih besar dan terang)
"Mencari Cinta"
Hari Siaranya: Setiap malam Selasa
Jam: 9.00malam

ANDA TIDAK AKAN JUMPA ADEGAN BERPELUK ATAU BERPEGANGAN TANGAN. KAMI TELAH MENYEDIAKAN BEBERAPA PANDUAN SEBAGAI INGATAN.MALAH,SETIAP PERTEMUAN, MEREKA AKAN DIAWASI DAN DITEMANI OLEH SALAH SEORANG AHLI KELUARGA SI-GADIS - Azran Ahmad

Heheheh aku nak jadi ala² Anne Raj lah kat TV3 tu, cuma dia penyampai berita kat TV3 tapi aku pencari cerita untuk disiarkan kat Blog aku hehehe. Cam Rommy katalah, aku ni ala² pemberita. Suka ati aku lah kan kan kann heheh dah nama pon blog aku sendiri. Pagi tadi aku memang sengaja nak datang lewat sebabnya YM(Yang Mulia) aku cuti sampai esok. So aku boleh lah "lalalallalalalaaaa" 

Kuar umah pagi tadi pastu terus gi Kelana Jaya, dari Kelana Jaya aku turun ke Kesas Highway. Sampai dekat Tol adalah mamat² dok merempitkan diri kat tepi tol gate tu kasi paper. Aku pon dapat paper tu, aku tak tengok pon apa bendanya yang aku pasti paperlah, aku capai dah terus belah. Bila dah sampai kat office, aku dah takde kerja nak buat. Yea lah dah YM(Yang Mulia) aku cuti kan, aper kerja aku nak buat. So aku capai lah paper yang aku amik dari mamat tepi tol tu tadi then nak dipendekkan cerita merapu aku hari ni, aku jumpa benda ni haaa kat dalam paper KOSMO yang diorang kasi tadi tu. Heheheh memula aku tengok rupa lelaki² 9 orang yang diketegorikan macho dalam TV3, promosi program terbaru kat TV3. Aku tergelak sorang, tu ker yang dikata kan macho, alahai kesiannya korang. Pada mata aku ler kan, idak ler macho mana. Nama pon ada yang JoeLabi bak kata JoeAnn takde commercial value langsung. 

Belum review bab² lainlagi tuh. Yang pastinya aku ada ternampak calon² yang mempunyai "Tummy" yang maju kedepan heheeh...Teringin sangat aku nak tengok rupa perempuan yang menjadi rebutan 9 jejaka ni. So akhirnya pagi ni aku dapat gak tengok muka dia walaupun dalam paper ajer. Wajah² jejaka yang sedang hangat dipasaran aku paste kan dekat sini ha. Untuk suka² ajer, bukan nak admire ke apa ker. Yang sedang asyik merebut CINTA si-gadis. 

(Sila click pada gambar untuk image yang lebih terang dan jelas)

---> Jejaka terakhir belah kanan ni dilapurkan dah tarikh diri sebab dah jumpa aweks lain heheh

Yang mana satu ek hehhehe ada cam mamat kat posting bawah ni tak ?