Monday, July 25, 2005

"Miss U Mom"


Semenjak 2 menjak ni aku miss sgt kat mak aku, yealah rasa dah lama sangat aku tak balik kampung jumpa dia. Walhal bukannya jauh mana pon, dia pun dah lama tak call aku cam biasa. Salunya ada jer citer dia. Tak lama sekejap pon mesti call,lately ni takde langsung. Apa khabar agaknya mak kat kampung. Terasa teringin nak makan masakan mak,hmmm... aduiii I miss her alot. Apalah berat sangat kaki aku ni nak melangkah balik.Nape nape napa..?

Mak ngan ayah kalau tahu aku nak balik mesti suka gila, tak sabar². Kena kalau aku ada request nak makan itu ini, mesti diorang buatkan. Tapi masalahnya pada aku ni, berat sangat nak balik. Entahlah. Banyak betul salah aku kat diorang sampai satu tahap aku seakan TERignore diorang. Hmmmmmmm aku sedar aku bukan anak yang baik cam orang lain, yang tidak harus dicontohi. Berjauhan dari diorang buat aku belajar erti hidup berdikari walaupun kadang-kadang hidup ini terasa perit sekali. Tiap kali aku terasa ingin menangis aku teringatkan mana tempat harus aku pergi. Kosong...zero..!

Memandang pada pantai tu lagi buat aku teringat kat mak. Itulah reality kehidupan aku dulu, dimana aku mula mengenali dunia. Rumah aku dah lah dekat dengan pantai, cam orang kata anak laut cuma bezanya ayah bukan seorang nelayan. Anak laut kalau ke tepian pantai mesti nak rasa kelembutan pasir laut, kesebatian yang ada dalam diri dengan pantai. <------ sama seperti kata someone masa aku kat Terangganu dulu. Rumah je dekat ngan laut tapi aku tak reti berenang sebabnya aku tak suka laut. Semalam rasa sepi, tak tahu napa lately aku rasa seperti jauh dari semuanya. Adakala yang bersama kita tak mungkin boleh menghargai apa yang dimiliki begitu juga dengan sebaliknya. Penyesalan yang tak sudah memang tiada memberi sebarang makna. Kesimpulan naluri aku rasa cam nak lari lagi jauh dari dalam diri. Nape perlu hidup dalam igauan apa perlunya khayalan...? Tidur aku lena, igauan yang tak pernah dicela. Khayalan aku terus membawa aku kesana kerana tiada yang cuba untuk menghalang arah ini. 

Mak...! OG rindu...