Aku terlalu peka dengan setiap yang berlaku dikeliling ku sejak kebelakangan ini,
dan terlalu sensetif dengan berita yang melibatkan kematian...
Baru sebentar tadi aku kembali dari melawat seorang kawan yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kesas Highway..seorang rakan yang berlainan agama denganku...Sungguh menyayat hati dan sebak melihat wajah seorang bapa yang meratap pemergian anaknya dan itulah satu-satunya anak lelaki miliknya. Aku jadi sebak sendiri dan rasa tidak mampu untuk berdiri lebih lama disitu..pemergian yang mengejutkan kami semua dipejabat pagi semalam....aku seolah ditarik oleh sesuatu utk menziarah dan memberikan penghormatan yang terakhir...Tanpa fikir panjang aku terus pergi bersama seorang teman lain.
Sesuatu yang buat aku terharu pabila si-ayah begitu tersentuh dengan kehadiran puluhan rakan sekerja dimana bilangan besarnya adalah orang melayu yang beragama islam...Cuba bayangkan, tempat pengurusan jenazah beragama Buddha dipenuhi dengan orang lelaki yang berkopiah dan bertudung... (Rata-rata pekerja ditempatku mmg begitu)boleh dibilang berapa orang kaum meraka..
semalam, dan aku berpeluang melihat gambar kemalangan yang diambil oleh "Cameraman" syarikat sebaik sahaja mereka sampai. Melayang sebentar fikiranku, mudah sungguh "Naskah Kehidupan" ini berakhir...hanya sekelip mata.....bagaimana agaknya kesudahannya epilog kita sendiri.....
"Tuhanku, tenteramkan hatiku didunia ini..
terangkan hati terusan menuju padamu,
hilang kabur yang menyelubungi diri,
agar aku tetap disisiMU untuk hari ini dan seterusnya.
Syukurku aku masih punyai sifat peri kemanusiaan sesama insan.."