Hidup yang tak pernah lekang dari 1001 masalah. Itulah kehidupan sebenarnya...memang tak boleh lari lagi dari kenyataan dan ketentuanNYA....
Aku diantaranya, sering dibelenggu, tersenyum dan menangis....
Adakala aku dibelenggu, sendiri sukar untuk berfikir secara rasional dan benakku seakan terhimpit sukar untuk meluahkan segala tersirat, aku buntu ketika itu..
Aku juga sering tersenyum, senyumku untuk mereka disekeliling dan untuk ketenangan hatiku, senyum itu sedekah pada sekelian alam maya.....
Aku tak lari dari tangisan, antara tangisan yang berpunca dari kegembiraan atau sebaliknya, kerana hatiku begitu tulus dengan persekitaran.....
Dalam diam aku menyimpan satu impian, impian yang agak sukar dan mustahil boleh berlaku pada mana-mana umatNYA....
Aku ingin sentiasa ceria selalu, dijauhkan dari semua duka....namun itu memang mustahil, aku akur dengan takdirMU...
Sebagai insan, aku punyai rasa dan ingin terus bahagia....untuk mengecapinya tak mungkin wujudnya jalan pintas kesana....dengan itu pohonku padaMU moga kau teguhkan segalanya dalam diri ini....tetapkan janji hatiku padaMU....lenyapkan segala dijahatan dan kemungkaran dunia dimataku.....biarpun sukar diduniawi biarkan menjadi bekalan disana nanti....
AKU ANAK ADAM, tak mungkin mudah rebah..
AKU PUNYA PENDIRIAN, untuk terus menuju kesana..
AKU PUNYA DIA, yang sentiasa memerhati..
AKU KAN TETAP BERSAMANYA...dari mula hingga akhir hayatku..
AKU PUNYA HATI, hanya berhak diubah olehNYA..
TAK MUNGKIN KU BERPALING, hanya kerana patah hati...