Wednesday, January 07, 2004

Tak mungkin sehaluan lagi..

Malam, kau ibarat kenangan suram..
Pabila kasih kecundang tidak kesampaian, impian terkubur sepi
kuharapkan bertukar ia jadi kenyataan namun akhirnya kecewa bertandang...

Begitu mudah lidah melafazkan katanya,
menambat hati yang terus kaku mati...
Tika kau dan aku sama...sebaik kurniaan penciptanya..
Tanpa sedar kasih tidak dinilai lalu cinta pergi..
Dimana silapnya..?? jelas kini asmara kita terkandas kini..
Seperti kehendak dibuku besar takdirnya, kasih kecundang disini..
untuk kembali bersama sesuatu yang agak kurang pasti kerana kita tak sehaluan lagi...

Maafkan aku sayang,
biar cinta ini pergi bersama memori...
cuma jangan ada benci dihati buat diriku...
jadikan kenangan lalu sesuatu yang paling berharga buat dirimu..
walau impian tidak menjadi nyata...