Dari minggu lepas aku berperasaan begini...seolah seorang perindu..pemarah...@ pembenci...mungkin salah satu darinya dan mungkin juga kesemuanya sekali...Terkadang, itulah diri aku yang sebenar yang tak boleh untuk aku tafsirkan hingga aku sendiri tak memahaminya. Kenapa..?
Rindu...mungkin juga aku benci pada rindu, yang membuatkan aku jadi tak menentu..mengundang marah dalam diri dan jadikan aku seorang pembenci.. bukan pada semua insan tapi pada sekitarannya...
Aku jadi rindu pada bayangnya, dengan suaranya atau lebih tepat semua berkenaan dengan dirinya.....pagi ini hati aku terguris lagi, dengan sikap yang terlalu pentingkan diri @ apa sahaja dan mungkin aku sukar menerima hakikat ini....entah mengapa hatiku sejak kebelakangan ini mudah terguris... dan akhirnya aku sedih sendiri...
Selalunya jemari ini mewah dengan kata-kata terutama dikala aku berduka tapi kali in ia berbeza....semuanya mati kaku. Tiada tarian kata seperti sebelumnya..aku jadi benci dengan fantasi ini..benci terusan begini..