Siapa yang menyangka..
Untuk bahagia terkadang terluka
Zahirnya cuma senyuman yang mampu terlakar
Isi hati yang tersirat beribu cerita, tiada yang mengerti
Enggan diri berkongsi segalanya
Namun hati tetap begini, sering dilukai
Ini yang tertulis buatnya...
Yang selalu diimpikan tak mungkin diperolehi
Antara suka atau sebaliknya itulah hakikat sebenar
Namun tetap jua terkecewa pelbagai punca
Tidak pernah dipinta sebegini, tetap jua ia terjadi
Inilah yang dikatakan takdir Illahi....yang harus diterima pasti..