Sabtu adalah hari untuk melayan keperluan diri, urusan 'mengtransform' closet aku bukanlah kerja mudah. Banyak kerigat dan tenaga yang keluar, dah tu aku bukanlah sihat mana pun, boleh buat takat aku larat ajer. Dari mengeluarkan baju² lama untuk dijual preloved, asingkan mana untuk donate dan macam² lagi. Banyak benda yang perlu aku titik beratkan, aku nak berubah, aku nak buang semua yang boleh merosakkan fikiran aku. Aku nak berubah kerana Allah. Bukan hanya diri tapi juga keseluruhan sekali termasuklah penampilan aku, jadi baju yang dah dikeluarkan dari closet jugak perlulah diganti dengan yang lain tapi yang lebih appropriate. Bukan niat nak membazir spending untuk shopping tapi mostly baju² lama memang dah tak sesuai lagi.
Dari pagi aku asyik bergaduh dengan hidung yang tetiba selsema, benda yang paling tak best sebenarnya selsema macam ni, mungkin banyak habuk masa mengemas baju. Tengahari aku ada appointment nak ambik caftans dress yang aku order, aku dah beli 2 pasang sebelum ni so jadi suka plak dengan design simple dengan material yang selesa dorang ni. Memang inilah salah satu perangai buruk aku yang aku perlu akui, kalau aku dah suka aku akan beli lagi. Benda macam ni sememangnya perlukan seseorang untuk control kita, kadang tu beli lebih dari keperluan... hrmm aku hanya memenuhi kehendak tapi nak buat macam mana hidup sorang macam ni la takde siapa yang boleh aku kongsikan cerita atau bertukar pendapat.
Selesai amik baju yang aku order, aku jadi hilang arah tetiba. Perut lapar tapi tak tahu nak makan apa. Jam dah hampir pukul 4.30pm, satu apa pun belum masuk dalam perut ni. Bosan betul sebenarnya, pusing punya pusing sudahnya aku end up kat satu mall ni. Lubuk segala jenis pakaian dan macam² benda lagi under one roof tapi tak ramai pun yang tahu tempat ni, maybe jugak sebab tempat macam tak berapa strategic sangat. Aku tahu pun sebab ada orang bawak lama dulu. Lama jugak aku tak kesini, tak ingat betul bila last aku datang. Besar tempat ni total 10 tingkat, dari level 1 sampai level 7 semua tempat shopping, selebihnya parking lot. Lepas makan kat foods court, aku mula tawaf tempat ni dari satu floor ke satu floor sampailah habis semua level aku pergi. Sorang² aku dari tingkat atas turun ke bawah pastu aku naik balik hingga ke tingkat 10 sebab parking belah atas sekali. Bukan keje giler tapi sajer kill the time aku bukan ada plan lain pun hari ni. Alhamdullilah.... aku dapat apa yang aku cari, sikit sebanyak dapat gak ganti baju² yang dah kena reject dari closet, aku hanya beli yang aku perlu jer tapi macam banyak gak. Takpela untuk diri sendiri pun bukan untuk orang lain, itu pun banyak yang aku abaikan walaupun rasa macam nak beli.
Selesai urusan penuhi keperluan diri aku terus balik, banyak betul kereta malam ni. Entah manalah dorang ni semua nak pergi agaknya, macam seronok jer dorang ni semua kan... Sampai kat rumah satu lagi benda yang paling tak best aku kena buat, unpacked barang yang beli tadi. Test pulak satu persatu, macam biasa perangai aku yang aku tak boleh buang dari dulu lagi, aku akan asingkan baju baru yang aku nak alter. Boleh dikatakan tiap apa yang aku beli mesti ada yang kena alter, yealah aku tergolong dalam golongan orang kerdil yang agak kurang tinggi so baju, seluar atau dress mesti kena alter kalau tak aku akan jadi suster ngesot jalan heret baju. So itu tugasan aku reserved untuk esok, takdelah aku melepet depan tv jer. Malangnya sampai jam 10 malam pun selsema pagi tadi belum gak elok lagi, lambat pulak effect ubat yang aku telan tadi. Rasa macam penat sangat layan selsema yang tak reti nak kering.... haihhh
Huhhhhhh.... kenapa tetiba aku boleh teringat balik kat kau ni... rindu ke aku sebenarnya kat kau..?? Hrmm rindu la kot tapi buat apa, kau bukan ingat kat aku pun..kau dah happy pun dengan pilihan hidup kau sendiri, apa lagi kau datang dalam fikiran aku..ngacau jer la kau ni, pergilah jejauh jangan kacau fikiran aku lagi. Aku bahagia hidup sendiri, tak payah aku nak fikir kan pasal orang lain lagi. Tipulah aku tak rindu tapi aku macam dah malas nak fikir lagi, aku dah nekad siapa yang Tuhan hantar dialah yang aku terima asalkan dia ikhlas dan pandai jaga hati aku. Ya'Allah, jauhkan aku dari sesuatu yang bukan lagi milik aku, padamkan semua rasa yang tak sepatutnya ada dalam hati..bawalah dia pergi kalau disini bukan tempat untuknya lagi..pelihara dan berkatilah kehidupannya.... ameeen....