Aku bukan perindu, bukan juga penagih rasa yang tak punya malu
Aku memang pencinta, namun aku bukan untuk dicinta..
Sekejam bicara yang meruntuh sebuah syurga
Sekukuh rasa yang masih menebal didada, terbina hanya sia
Membentuk aku seumpama serigala yang tak punya nyawa..
Aku pilih sepi tapi aku belum tuli, aku mungkin kaku tapi aku belum bisu
Aku takkan pernah berhenti biar pun aku setengah mati
Tawa menjadi lesu, aku tahu disini bukan lagi tempatku..
Yang tersisa menjadi terus membatu
Yang indah kian hilang bersama ruang waktu
Jangan lagi ada sebu, jangan lagi ada sesak yang memberi buntu
Cukup, aku tidak mahu..
Cukup, aku tidak mahu..
Bermain bahasa jiwa yang benci kecewa
Dalam diam menyimpan satu cita
Cita yang aku cukup sempurna untuk terus bahagia..
~c'axoera~