Thursday, March 15, 2012

Spontaneous with the Creepy Island of dolls!

Welcome to The Island of the Dolls people!....ho ho hoooooooo

The Island Of The Dolls (Isla de las Muñecas), terletak di selatan Mexico City, berhampiran dengan Xochimilco adalah salah satu tarikan pelancongan mistik di Mexico. Kepulauan ini dipenuhi dengan pokok² mati dan kering yang digantung dengan ribuan anak-anak patung yang sengaja dibiarkan mereput sehingga wajah patung berkenaan bertukar ke wajah² yang agak mengerunkan pada sesiapa yang melihatnya.  Daya tarikan kepulauan mistik ini bakal meninggalkan kesan dalaman yang agak kurang menyenangkan pada setiap pengunjungnya.

Kata mereka, kisah lagenda yang tersembunyi dan sekaligus menjadikan ianya sesuatu yang perlu dihormati dikalangan penduduk di Mexico. Di kepulauan kecil di Teshuilo Lake, antara Xochimilco dan Maxico City ini menyimpan pelbagai kisah diantaranya kisah tiga orang anak muda yang bermain di kawasan ini dan salah seorang daripadanya mati lemas lalu jasadnya gagal ditemui dan juga dipercayai ditenggelami oleh pulau berkenaan.
lusuh dan mereput...

Dituruti pula dengan kisah lagenda yang tersimpan yang bermula dari seorang gadis yang gemar menyendiri dan pendiam bernama Julian Santana yang memilih pulau ini untuk meneruskan kehidupannya. Julian yang masih kuat dengan semangat keanak-anakan dengan berbesar hati ingin menjadikan tempat ini tempat tinggalnya dan berazam ingin menjadikan tempat ini kekal dengan suasana kanak-kanak. Oleh yang demikian, Julian mula mengumpul anak-anak patung lama dan baru. Ini termasuk patung² lama yang dibuang akan dibawa pulang ke pulau ini untuk dikumpul dan digantung. Anak-anak patung berkenaan akan diikat dan digantung pada pokok-pokok sekitar pulau ini. Julian sangat gembira dengan penghasilan kreativiti dan ideanya sendiri sehinggakan pulau ini dikenali dengan kepulauan yang agak mengerikan dan menjadi perbualan penduduk setempat. Idea Julian juga berjaya menarik penduduk tempatan datang membawa patung² lama untuk diberikan kepadanya. 

Menariknya, Julian juga mempunyai kebun sayuran yang cukup subur di pulau ini selama hayatnya disini dan dijadikan platform perdagangan dengan setiap pengunjung pulau ini. Julian akan menukarkan setiap patung² yang disumbangkan dengan sayur-sayuran yang segar sebagai penghargaan. Dengan cara ini Julian juga berjaya menarik ramai warga tempatan untuk datang hanya dengan menyumbangkan patung² lama untuk bekalan sayuran yang segar hasil dari tanamannya sendiri. Secara tidak langsung activiti begini menambahkan lagi koleksi patung² lama dipulau kediamannya. Kini pulau ini mempunyai ribuan anak patung lama yang digantung disetiap ranting dan pokok² disekitarnya.
....dan agak mengerikan

Persekitaran yang menakjubkan namun tampak suram dengan tarikan patung² lama ini juga mengundang suasana yang agak mengerikan dan menyeramkan. Ini tidak dinafikan oleh setiap pengunjung pulau lagenda ini sendiri. Kepercayaan ini juga sama seperti kepercayaan De los Muestos, Isle de las Munecas yang melihat kematian dalam cahaya yang berbeza, mengerikan dan  pelik berbeza dari budaya ke budaya yang lain. Anak² patung juga pada kepercayaan mereka mewakili setiap kehidupan manusia dari zaman muda hingga tua sehinggalah saat akhir nafas seseorang. Siapa tahu, mungkin hari ini Julian kini benar gembira dengan penghasilan tempat ini dan juga tempat dimana dia disemadikan...

Macam mana? ada sesiapa yang berani ke pergi tempat yang sebegini rupa? Tak terfikir langsung wujudnya tempat macam ini kan. Apa macam? Ada berani ke? Kalau aku, mungkin aku berani kot SEBAB ianya unik dengan kisah yang tersendiri. Apa saja yang unik pasti akan menarik minat dan perhatian aku, tak kiralah eventho benda tu hanya tin kosong yang tak punya harga. Seram gak tengok tempat ni, hantu...? hrmmmmm mana² pun ada hantu kan, sebelah kita pun ada cuma kita tak nampak ajer.. bukan lah kata aku tak takut hantu tapi.......kalau niat kita baik dan tidak menganggu sesuatu yang bukan hak milik kita, inshallah Tuhan sentiasa berada dengan kita dimana pun kita berada. Macam aku katakan tadi......yang penting NIAT! Kalau niat tak betul, alamatnya memang mendapatlah kan......jadi jangan menempah kalau taknak mendapat :') sekiaaaaaaan ajeeeeer...

Sumber cerita: Merayap, membaca, mencari, meneliti dan memaparkan disini :')