Sebenarnya ini diantara entry yang agak lama terperap dalam draft list, entah kenapa aku tak post out. Seingatkan masa aku tulis masa tu tiba² bumi sebelah subang ni rasa bergegar sebab Gaban telah disepak oleh Ultraman dan tercampak kat tepi Subang Parade tergolek dog! So aku rasa itulah sebabnya entry ni terencat masa tu sebab aku hantar keduanya ke hospital yang berdekatan untuk rawatan lanjut. Tetapi pagi ni akan ku gagahkan jari habiskan gak entry ni......aku try test eyh heheh :D
Yang teristimewa katanyerrrrr......
Hrmmmmm sebenarnya apa yang membuatkan seseorang itu istimewa? Rupa paras? perangai yang semacam haram? keshomelan? or kegedikan? Sedar atau tidak sebenarnya kita semua adalah yang teristimewa. Kenapa aku berkata macam ni...hrmmm suka aku lah kan nak kata apa hehehe yea tak yea gak kan tapi mesti ada sebab kenapa aku kata gitu....betul tak! hehehe tak merepek okay ini fakta betul punya....tadak tipu:p
Kenapa aku kata kita istimewa....sebaaaaaaaab
Personality
Kita semua punya personality masing² tak kira lah apa warna kulit kita rupa bentuk perangai etc tapi aku percaya sebagai manusia yang normal dan berfikiran waras kita ada preferences masing². Preferences yang menjulang diri kita berperwatakan sedemikian sekaligus mencerminkan personality kita. Bukan kita buat² dia wujud kerana kita sendiri yang berkehendakikan sedemikian. Macam aku jugak, sebab aku dah memang dilahirkan sengal begini so take it or leave it...Ada aku kesah...:p
Signature Style
Haaaaaa ni paling best! macam² bentuk macam² rupa ada. Tak kurang dengan bentuk love lah yang melambangkan seseorang itu gegirl or sebaliknya. Tapi itulah kenyatan, seperti ahli perniagaan, politik orang kenamaan, artis dan sebagainya lah. Ianya juga mencerminkan seseorang samada dia kononnya seorang yang berkarisma, berterabur or berhemah or berlagak intelligent...kononlah kaaaan hahaha signature aku dulu bentuk tulang ikan hehe
Beliefs
Kepercayaan! Takde kepercayaan dalam hidup nak jadi apa kan. So kepercayaan ini perlu untuk dijadikan tiang asas dalam kehidupan. Tanpa asas macam mana nak betul perjalanan kita. Macam barang gak, mesti ada manual book. So hidup kita mesti punya manual book, tak kira walaupun kita rasa kita dah cukup hebat tahap dewa tapi kalau kepercayaan dalam hidup tadak so boleh dikirakan corrupted lah. Hancussss berkecai terbaraii hancur berkecaiii :)
Spirituality
Tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang merangkumi ilmu agama dan pendidikan moral. Pengetahuan agama yang menjadi asas seseorang disertai dengan pendidikan moral yang dipupuk dengan nilai kerohanian yang murni. Contoh seperti baik hati tak kejam macam binatang, tahu apa itu tanggungjawap bukan seperti manusia zaman batu yang hanya mementingkan diri sendiri. Berterima kasih, walaupun hanya ucapan tetapi impak dari perucapan ini terlalu mendalam untuk menunjukkan yang kita benar menghargai. Berhemah tinggi, berbudi pekerti mulia serta perihatin terhadap keperluan orang sekeliling kita. Hormat-menghormati, amat perlu dalam kehidupan harian dan tak perlu diolah panjang lagi mengenainya. Tidak ketinggalam juga kasih-sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin. Sendiri boleh fikir...Aku???....hrmmm aku naive hahaha
Aspirations
Tahu menjana dan mentransfomasikan hati dan diri untuk berinteraksi dengan semua benda dipersekitaran kita. Bijak memotivasikan diri untuk kemajuan diri dan mevariasikan ilmu yang boleh menjadikan kita seorang yang berkarismatik dan dihormati dan tampak berwawasan dan punya focus dalam satu benda yang kita usahakan....bukan main hentam taram ajer hehe iya macam aku, rutin aku hari² membelai pokok² kektus dan mini kekura yang tak bernyawa kat pond rumah.
Thoughts
Fikiran yang matang dan tahu berfikir dengan bijak. Bukan hanya dengan ikut suka-suki ajer nak buat apa pun. Kita punya pilihan dalam hidup, pilih, kaji dan amati dengan bijak. Gunakan akal dan fikiran sebaiknya, tanamkan sikap suka bertukar pendapat dan menerima teguran kerana ini juga adalah cara yang terbaik untuk mendidik fikiran kita agar menjadi lebih matang, realistic dan rational. Tapi bukan terlalu terbuka sebab bila kiri kanan depan belakang atas bawah semua dah terbuka alamatnya hrrmmmm ke neraka jahanamlah tujunya.
Goals
Matlamat.......hidup tanpa matlamat apa sudahnya kan. Sedangkan lalat yang terbang tu pun ada matlamat dia, nak cari makan dan menaburkan kuman! Itu matlamat lalat tapi kita manusia yang dicipta Allah dengan akal fikiran. Tak seperti kehidupan lain, punya kehidupan namun tak punya fikiran, macam haiwan. Kalau tak faham samakan macam orang main bola ada target dalam permainan macam tu juga dalam kehidupan. Belajar erti cemburu yang positif, cemburukan kejayaan orang lain dan bakar semangat diri untuk terus maju...Inshallah
hrmmmm ngan siapa eyh aku nak cemburu hari ni...hrmm
Creativity
Kita semua punya creativity masing² yang tercetus dari kepakaran minda. Contoh senang tengok ajer blog masing²...macam² rupa pelbagai idea...bukankan itu indah! Dari mana datangnya semua idea tu kalau bukan dari akal yang pintar. Jangan biarkan bakat yang ada terkabur kusam macam kain buruk ajer. Siapa tahu dari kreativiti kita semua boleh juga menjana pendapatan yang lebih....untuk diri sendiri jugak kan..apa pun minat mesti ada.
Happiness
Tahu apa dan dimana kebahagian itu boleh dikecapi, jangan pulak duk bertanggok pada sesuatu yang tak mendatangkan hasil dan faedah. Itu bukan happiness tapi itu menempah nahas! Berhenti berharap terhadap sesuatu yang tak pasti dan lempangkan muka sendiri kalau masih tak sedar lagi. Cintai diri sendiri sebelum mencintai yang lain, kesihani hati kerana tiada yang lebih bermakna dari membahagiakan hati sendiri. Jangan sampai hati mati dari rasa ingin bahagia...kerana diri yang menginginkan hati merana. kaaaaaaan!
Attitude
Haaaaaa ni best! Rasa² korang sendiri attitude korang macam mana? best ke hebat ke sux up ke...:D atau terdiri dari yang terhebat. Macam² attitude manusia yang aku pernah jumpa, ada yang baik, busuk hati, kejam, dengki memacam lagi. Cuma kita perlu cerdik dan buka mata luas² untuk menilainya sendiri. Sebab setiap yang terjadi pasti ada sebabnya, contoh kalau seseorang tu mendengki sebabnya dia irihati dan tak kurang juga dengan busuk hati sebab orang bersikap begini kerana mereka cemburu dengan apa yang kita miliki sebab kita punya kelebihan yang mereka tidak miliki. Jangan pulak kita balas balik dengan sikap yang sengaja untuk memprovoke orang yang sebegini sebaiknya kita saikooooooo diorang heheh
Attraction
Tak kira lelaki ke perempuan ke as long as kita tahu mengunakannya dengan bijak aku rasa tak salah dan ianya membantu jugak sebenarnya. Jangan disalah gunakan sudah. Pertuturan dan cara penyampaian boleh memberi impak yang hebat. Kata orang dari mata turun ke hati tapi kalau hati tak berkata² mana pula mulut berbicara. Jadi pandai² lah berinteraksi dengan bijak, seperti juga dengan penulisan kita dalam blog. Penulisan juga adalah salah satu cara dimana kita berinteraksi dengan orang, ada juga yang boleh jatuh cinta, tertarik hanya dengan cara penulisan seseorang macam chatting....kaaaaan. Yang bijak pandai akhirnya kejinjang pelamin dan akhirnya memiliki keluarga yang bahagia, yang kurang bijak pandai ada juga yang tergadai maruah hanya kerana maniiiiiissssssnya kurma itu hahahha....
So telah aku senaraikan sebahagian sebab² kenapa kita sebenarnya yang teristimewa, buang rasa rendah diri dan percaya pada diri sendiri. Ingat! insan yang istimewa punya ciri² yang istimewa dan berbeza dari yang lain. Macam kita semua, kenapa dia tak suka kat si-anu tu tapi suka kat korang walhal korang bukan lah cantik or hansome mana pun kannn. Tapi dia nak juga sebab ada sesuatu yang istimewa yang kita sendiri tak nampak dalam diri kita tetapi orang lain nampak semua tu. Yang punya wajah cantik dan kacak tu put a side ajer lah kerana yang cantik tu tak selalunya sempurna kan. Dah tua nanti berkedut juga akhirnya. Which 1 yang korang nak, berkedut dalam hati or berkedut bila tua nanti dengan hati yang happy...:D

